Shuib sebak bagi ucapan sempena hari lahir arwah Siti Sarah

[VIDEO] “I nak jumpa you semula”

Shuib sebak bagi ucapan sempena hari lahir arwah Siti Sarah

Shuib sebak bagi ucapan sempena hari lahir arwah Siti Sarah
Shuib tidak dapat menahan kesedihan ketika mengucapkan selamat ulang tahun buat arwah Sarah.
UCAPAN selamat ulang tahun kelahiran dari penyampai radio Suria FM, Shuib kepada isterinya iaitu Allahyarham Siti Sarah mengundang sebak ramai peminat.
Ketika menyampaikan ucapan itu, Shuib, 38, dilihat sebak hingga tidak dapat menahan air mata tatkala melafazkan kata-kata indah itu semasa bersiaran di segmen Morning Morning Suria.

“I sayang you. I ada impian yang cukup besar. I nak jumpa you semula, Insya Allah. Doakan i ke jalan itu.

Shuib sebak bagi ucapan sempena hari lahir arwah Siti Sarah
Kenangan Shuib bersama arwah Sarah dan tiga orang anak mereka.

“I pernah cakap nak you jadi bidadari I. Happy birthday Siti Sarah Raissudin,” ucapnya.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad sebelum itu mengucapkan selamat ulang tahun kepada semua pendengar yang menyambut hari lahir pada Khamis.

Mengimbau kenangan 11 tahun hidup bersama sebagai pasangan suami isteri, Shuib menyifatkan ia adalah sesuatu yang cukup indah.

“Jika masih hidup umurnya sekarang 38 tahun. 11 tahun yang cukup indah bersama.

“Kalau dulu perkataan kenangan itu hanyalah biasa sahaja, tetapi sekarang sangat luar biasa,” ujarnya.

 

I pernah cakap nak you jadi bidadari I. Happy Birthday Sitri Sarah Raissudin

SHUIB

PENYAMPAI RADIO

 

Untuk rekod, Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.

Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan, 1 tahun.

Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi, 9 Ogos tahun lalu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Penjarakan pemimpin Umno, apa respon Ismail Sabri?

Shuib sebak bagi ucapan sempena hari lahir arwah Siti Sarah


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Penjarakan pemimpin Umno, apa respon Ismail Sabri?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker