Siakap 3 Rasa Ala Thai



Siakap 3 Rasa Ala Thai

Siakap 3 Rasa Ala Thai
Siakap 3 Rasa Ala Thai
  • Masa Penyediaan: 25 minit,
  • Masa Memasak: 25-30 minit
  • Jumlah Hidangan: Seekor ikan siakap

Menu kita kali ini ialah Ikan Siakap 3 Rasa, menu terkenal restoran ala Thai. 2 tahun dulu Che Nom dah pernah share resepi yang sama, tapi kali ni jom tengok video versi baru yang lebih menarik dengan resepi yang ditambah baik lagi supaya lebih sedap hasilnya.

Beza kuah 3 rasa dengan masam manis ialah, kuah masakan 3 rasa ni lebih pekat, pedas dan lebih sarat dengan pelbagai bahan yang beraroma, contohnya serai, daun limau purut dan juga ketumbar, berbanding kuah sweet sour yang lebih ringkas, dan lebih manis dari pedas.

Kombinasi pedas, masam dan manis serta aroma dan tekstur dari pelbagai bahan tu yang membuatkan masakan dari resepi ni tambah sedap. Ada satu bahan special yang Che Nom masukkan untuk dapatkan rasa hebat macam restoran Thai.

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk kuah 3 rasa:
    • 3-4 sudu besar minyak masak
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • biji bawang holland
    • Sedikit capsicum
    • 1 batang serai (**boleh titik serai jika tak suka hirisan serai)
    • 2 pokok ketumbar
    • 1 biji tomato
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 3 sudu besar sos tomato
    • mangkuk kecil sos cili
    • 1 mangkuk nenas didadu
    • 3-4 tangkai cili padi
    • 2 tangkai cili merah
    • 1 sudu besar pes cili Thai (**boleh ganti cili kisar 1 sudu besar kalau tak ada)
    • 1 sudu besar sos ikan
    • Garam, secukup rasa
    • 1 sudu kecil gula perang
    • 2-3 helai daun limau purut
    • Sedikit perahan jus limau nipis
    • Sedikit air, untuk lebih berkuah
  • Bahan-bahan untuk ikan siakap:
    • 1 ekor ikan siakap
    • Sedikit garam
    • Sedikit serbuk kunyit
    • Tepung jagung
  • Bahan-bahan untuk hiasan:
    • Daun ketumbar
    • Daun salad
    • Hirisan nenas

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk kuah 3 rasa:
    1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia cincang serta bawang holland dadu. Kacau sehingga naik bau.
    2. Masukkan sedikit capsicum, hirisan nipis serai, akar dan batang ketumbar serta tomato dadu. Gaul sehingga tomato kelihatan sudah lembut.
    3. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, nanas yang didadu, cili padi, cili merah dan sedikit air sebagai kuah.
    4. Tambah pes cili Thai, minyak cili, sos ikan, garam secukup rasa, gula perang dan taburan hirisan daun limau purut.
    5. Masukkan sedikit perahan jus limau nipis dan kacau seketika lalu tutup api.
  2. Cara-cara untuk siakap 3 rasa:
    1. Kelar isi ikan pada kedua belah bahagian.
    2. Gaul ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, lalu salutkan dengan taburan tepung jagung.
    3. Panaskan minyak dan goreng ikan siakap sehingga garing kedua belah bahagian.
    4. Tuang kuah 3 rasa diatas ikan dan hias dengan taburan daun ketumbar, hirisan nenas dan lapisan daun salad.
    5. Kemudian, ikan siakap 3 rasa sudah siap untuk dihidang.

 

Tip:

 

  • Seeloknya bagi salutan tepung pada bahagian dibuat apabila hendak digoreng dan minyak mulai panas.
  • Jika tiada minyak cili, boleh digantikan dengan cili kisar untuk bahan kuah 3 rasa.

Resepi Asam pedas Thai

Siakap 3 Rasa Ala Thai


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Penjarakan pemimpin Umno, apa respon Ismail Sabri?

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker