Tiga maut, satu parah kemalangan dua motosikal

Tiga maut, satu parah kemalangan dua motosikal

Tiga maut, satu parah kemalangan dua motosikal
Pasukan penyelamat memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera parah dalam kemalangan dua motosikal di Jalan Julau-Bintangor di Sarikei malam tadi. – Foto NSTP/Ihsan JBPM

KUCHING : Tiga lelaki maut manakala seorang wanita cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Batu 12, Jalan Julau-Bintangor, malam tadi.

Dua mangsa yang maut dikenali sebagai Mathew Many Jonathan, 25, dan Nelson Chendang, 21, manakala identiti dua lagi mangsa termasuk wanita yang cedera parah belum dikenalpasti.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.24 malam tadi.



Beliau berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor diarah ke lokasi sebaik menerima panggilan itu.

“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan kemalangan membabitkan dua motosikal.

“Tiga mangsa iaitu semuanya lelaki didapati tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, wanita yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Sibu menggunakan ambulans Hospital Kanowit.



“Mayat ketiga-tiga mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Rumah Mayat Hospital Sibu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tiga maut, dua parah dalam kemalangan di Jalan Kuala Jeneris

Tiga maut, satu parah kemalangan dua motosikal


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker