Conte pertahan Son yang masih kemarau gol

Conte pertahan Son yang masih kemarau gol

Conte pertahan Son yang masih kemarau gol
Pengendali Tottenham, Antonio Conte (kiri) memperkatakan sesuatu kepada Son Heung-min dalam satu aksi sebelum ini. – Foto ihsan Football-london.

LONDON: Pengurus Tottenham, Antonio Conte menyokong Son Heung-min yang ‘naik angin’ untuk menamatkan kemarau gol walaupun mengakui bintang Korea Selatan itu sudah hilang keyakinan.

Son melalui lapan perlawanan tanpa gol sejak permulaan musim selepas satu lagi persembahan mengecewakan ketika Tottenham tewas 2-0 dalam Liga Juara-Juara kepada Sporting Lisbon pada Selasa lalu.

Persembahan pemain berusia 30 tahun itu amat berbeza berbanding musim lalu apabila dia bergelar penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Mohamed Salah.

Conte mesti membuat keputusan sama ada terus memberi keyakinan buat Son bagi pertembungan awal pagi esok waktu Malaysia menentang Leicester, yang memberikan peluang buat penyerang itu kembali ke landasan sebenar.

“Saya rasa Sonny, pastinya, tidak gembira apabila gagal menemui gawang. Ia normal dan saya gembira dia sedikit marah dengan situasi itu kerana ia bermakna dia mahu mengubahnya, ia juga kerana kami perlukannya,” kata Conte kepada wartawan, semalam.

“Kita bercakap mengenai Sonny dan dia pemain yang sangat penting buat kami. Pada masa yang sama, ia boleh berlaku, terutama apabila anda bermain perlawanan besar, anda mungkin akan sedikit keletihan dalam aspek mental, juga badan anda, jadi ia boleh berlaku.

“Namun saya ulang, Sonny bagi saya tidak sama sekali akan menjadi masalah. Kita bercakap mengenai seorang daripada dua pemain terbaik yang kami ada dalam pasukan.

“Sudah ia pasti boleh berlaku, dalam sebahagian perlawanan dia tidak boleh bermain sejak mula, seperti juga Harry (Kane). Tapi untuk melindunginya, untuk memberikan rehat, melihat tenaganya dan membawa kemenangan buat kami.

“Kita bercakap mengenai pemain yang ketika perlawanan, mereka amat penting dan kami perlukan pemain ini sentiasa berada di tahap terbaik.”

– AFP

Ronaldo ‘ada kuasa’ tentukan pengurus United

Conte pertahan Son yang masih kemarau gol

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker