Amaran ribut petir di lima negeri petang ini

Amaran ribut petir di lima negeri petang ini

Amaran ribut petir di lima negeri petang ini
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan lima buah negeri pada petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang yang dijangkakan akan melanda seluruh Wilayah Persekutuan Putrajaya serta beberapa daerah di Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak sehingga 4 petang nanti.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan melanda beberapa daerah di negeri Selangor iaitu di Sabak Bernam, Kuala Langat dan Sepang.

“Turut terlibat ialah beberapa daerah di Negeri Sembilan iaitu di Seremban, Port Dickson dan Rembau,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, cuaca sama juga dijangka akan berlaku di negeri Johor melibatkan daerah Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Keadaan itu juga diramalkan akan berlaku di Mukah (Mukah), Bintulu dan Miri (Subis), Sarawak.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” jelasnya.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora untuk perkapalan kategori pertama.

“Angin kencang barat berkelajuan 40-50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Phuket, timur laut Condore, utara Reef North dan Palawan sehingga Rabu ini.

Amaran ribut petir di sembilan negeri

Amaran ribut petir di lima negeri petang ini

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker