Anak Mas Idayu lembut hati dengan sifat kebapaan Sufian Isa

Sukar terima kehadiran lelaki lain dalam hidup ibu

 Anak Mas Idayu lembut hati dengan sifat kebapaan Sufian Isa

Anak Mas Idayu lembut hati dengan sifat kebapaan Sufian Isa
Dayini sebak sejurus ibunya selamat diijab kabul bersama suami.
SELEPAS 16 tahun sudah terbiasa hidup berdua bersama ibunya, anak kepada Mas Idayu iaitu Nur Dayini Asyiqah gembira apabila akhirnya penyanyi itu bertemu jodoh.
Dayini, 25, berkata, dia menerima kehadiran bapa tirinya, Muhammad Sufian Che Isa dengan hati terbuka dan menyifatkan Penerbit Eksekutif TV3 itu mempunyai sifat kebapaan yang tinggi.

Perwatakan itu juga kata Dayini melembutkan hatinya untuk menerima keputusan ibunya berkahwin kerana sebelum ini sukar menerima kehadiran lelaki lain yang mendekati Mas.

“Berbanding kenalan-kenalan lelaki Mommy sebelum ini, saya tidak begitu berkenan kerana seperti tidak boleh ‘ngam’ bersama mereka.

 

Anak Mas Idayu lembut hati dengan sifat kebapaan Sufian Isa
Dayini menerima Muhammad Sufian dengan hati terbuka sebagai seorang ayah tiri.

“Tetapi Daddy (panggilan untuk Sufian) memiliki sifat kebapaan yang boleh mengubati kerinduan saya terhadap Papa.

“Daddy juga seorang yang baik, ramah dan berusaha untuk mengambil hati saya,” katanya kepada mStar.

Terdahulu pada pagi Jumaat, Mas dan Sufian selamat bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz pada majlis yang diadakan di Magica Event Hall, Quill City Mall Kuala Lumpur.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Mas yang sebak dan dilihat mengalirkan air mata sepanjang majlis dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid berwakil walikan bapanya, Mesnum @ Masnum Hassan.

Sementara itu, Dayini mengakui turut mengalirkan air mata apabila melihat ibu kesayangan menangis kerana terkenangkan jatuh bangun wanita itu selama 16 tahun hidup bersendirian.

Anak Mas Idayu lembut hati dengan sifat kebapaan Sufian Isa
Dayini merupakan anak daripada perkongsian hidup Mas Idayu bersama pelakon Aman Graseka.

 

“Saya tidak boleh melihat Mommy menangis kerana saya tahu bagaimana keadaannya ketika berseorangan.

“Selama beberapa tahun ini memang dia keseorangan, hanya ada Dayini. Memang kami hidup berdua tanpa orang lain.

“Melihat dia menangis di hari bahagia membuatkan saya turut berasa sebak,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Dayini merupakan anak daripada perkongsian hidup Mas bersama pelakon Aman Graseka.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 1997 dan bercerai pada 2006.

Mas Idayu Selamat Bergelar Isteri Kepada Sufian Isa Dengan Sekali Lafaz

Anak Mas Idayu lembut hati dengan sifat kebapaan Sufian Isa


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker