Apa Hak Majlis Peguam Untuk Memberikan Arahan Kepada YDP Agong!!!

Apa Hak Majlis Peguam Untuk Memberikan Arahan Kepada YDP Agong!!!

Apa Hak Majlis Peguam Untuk Memberikan Arahan Kepada YDP Agong!!!

Tindakan Majlis Peguam mengeluarkan kenyataan rasmi membantah rayuan pengampunan ke atas DS Najib adalah satu tindakan derhaka kepada SPB YDP Agong.

Adalah sangat jelas di dala Perlembagaan Persekutuan bahawa hak dan kuasa pengampunan merupakan hak dan kuasa prerogatif SPB YDP Agong.

Dan ianya tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

Baca di sini:

http://www.jpapencen.gov.my/cat289562/published/perkara42-Ma.Html

Dalam satu kenyataan rasmi setebal 3 helai, Majlis Peguam mengemukakan 4 alasan mengapa mereka tidak membenarkan YDP Agong memberikan pengampunan kepada DS Najib:

  1. Majlis Peguam berpendirian bahawa DS Najib tidak layak mendapatkan simpati dari YDP Agong kerana YDP Agong sendiri pernah bertitah bahawa kuasa menghukum dan pengampunan tidak boleh di salahgunakan.
  2. Kenyataan hakim Mahkamah Rayuan yang menganggap bahawa salahlaku DS Najib sebagai ‘National Emberrassment’ perlu diberikan perhatian oleh SPB YDP Agong.
  3. DS Najib mesti menjalani tempoh hukuman tertentu sebelum layak diberikan pengampunan sebagaimana pengampunan ke atas Anwar Ibrahim, Harun Idris dan Mokhtar Hashim.
  4. Sekiranya pengampunan diberi, maka rakyat akan hilang kepercayaan kepada Kedaulatan Undang Undang di Malaysia.

Hujah Dangkal Majlis Peguam

Untuk alasan pertama yang Majlis Peguam kemukakan, Majlis Peguam jangan lupa, kira-kira 100 tahun yang lepas, Lord Chief Justice Hewart pernah berkata:

“Justice should not only be done but should manifestly and undoubtedly be seen to be done”.

Apakah DS Najib sudah diberikan hak untuk mempertahankan diri beliau dengan adil?

Kerana itu SPB YDP Agong bertitah, kuasa menghukum dan mengampun tidak boleh digunakan sesuka hati.

Baca di sini:

Jangan Manipulasi Titah Agong

Alasan kedua yang diberikan oleh Majlis Peguam Negara adalah kenyataan ‘National Emberrassment’ yang diungkap oleh hakim Mahkamah Rayuan.

Apakah Majlis Peguam lupa atau buat-buat lupa, hakim Nazlan yang menjatuhkan hukuman ke atas DS Najib telah disyaki mempunyai ‘conflict of interest’ dalam kes SRC.

Malah hakim Nazlan juga sedang disiasat oleh SPRM mengenai sejumlah wang sebanyak RM1 juta yang berada di dalam akaun beliau.

Hakim Nazlan sepatutnya menarik diri tetapi beliau tidak melakukan begitu, malah menyembunyikan fakta itu.

Manakala ketua panel hakim Mahkamah Persekutuan yang juga merupakan Ketua Hakim Negara telah menjadi hakim ke atas diri beliau sendiri apabila isu suami beliau didapati mempunyai pendirian anti Najib.

Itulah sebenarnya yang layak dikatakan sebagai ‘National Emberrassment”!!!

Untuk hujah ketiga, sila buktikan di mana ada tercatat di dalam perlembagaan bahawa banduan perlu menjalani tempoh hukuman tertentu sebelum layak diberikan pengampunan.

Mengikut Perkara 113 Peraturan Penjara 2000, seseorang banduan LAYAK mendapat pengampunan sebaik sahaja mahkamah sudah menjatuhkan hukuman.

Baca di sini:

https://www.kehakiman.gov.my/sites/default/files/Lampiran%20B_Pamflet_v.final%20Pengurusan%20Petisyen%20Pengampunan.pdf

Dan untuk hujah keempat, keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan sememangnya sudah terhakis.

Ini adalah kerana apabila mendapati terlalu banyak keraguan dalam kes SRC DS Najib.

Dan keyakinan itu semakin terhakis dengan sikap ‘double standard’ Majlis Peguam sendiri.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam sebenarnya adalah kenyataan derhaka Majlis Peguam kepada institusi YDP Agong!!!

 

Apa Hak Majlis Peguam Untuk Memberikan Arahan Kepada YDP Agong!!!

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker