Arteta belum pasti turunkan Zinchenko jumpa Brentford​

Arteta belum pasti turunkan Zinchenko jumpa Brentford​

Arteta belum pasti turunkan Zinchenko jumpa Brentford
Pemain Arsenal, Oleksandr Zinchenko (kanan) dan Ben White. – Foto ihsan Football.london

LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta masih belum pasti sama ada pemain Ukraine, Oleksandr Zinchenko boleh diturunkan bagi kunjungan ke Brentford selepas persatuan bola sepak negara itu berkata dia mengalami kecederaan betis.

Zinchenko, 25, tidak beraksi menentang Fulham dan Aston Villa kerana kecederaan lutut tetapi kembali dalam aksi terbaharu Arsenal menentang FC Zurich dalam Liga Europa, pada Khamis.

Persatuan Bolasepak Ukraine (UAF) berkata Zinchenko menarik diri daripada tugasan antarabangsa selepas mengalami kecederaan ketika latihan di Arsenal dan akan diketepikan selama dua minggu menyebabkan dia tidak akan beraksi dalam Liga Negara-Negara bersama Ukraine.



“Kami ada sehingga esok untuk membuat keputusan,” kata Arteta. “Apa yang kami perlu buat untuk minggu antarabangsa tidak bermakna ia akan sama hujung minggu ini.”
Arteta berkata dia akan memberikan perkembangan terbaharu mengenai kecergasan Thomas Partey selepas sesi latihan Arsenal hari ini.

Pemain tengah Ghana itu terlepas empat perlawanan terakhir dalam semua kejohanan kerana masalah kecederaan paha.

Pengurus Arsenal itu mengesahkan Ben White kembali cergas selepas pemain pertahanan itu tidak tersenarai dalam skuad England kendalian Gareth Southgate.

“Gareth memilih skuad terbaik yang dia percaya ketika ini tetapi ia tidak bermakna akan kekal pada November. Apabila Ben mendapat panggilan, dia akan bersedia,” kata Arteta.



“Dia boleh bermain dalam kedua-dua posisi dan untuk memliki pemain yang boleh beraksi pada tahap yang Ben boleh lakukan ialah sesuatu yang dimahukan mana-mana pengurus.”

Arsenal mengetuai liga dengan 15 mata daripada enam perlawanan dan akan menentang skuad kendalian Thomas Frank, Brentford esok selepas perlawanan menentang Everton dan PSV Eindhoven ditangguhkan susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Arteta dinamakan sebagai Pengurus Bulanan Terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi bulan Ogos semalam selepas rekod sempurna Arsenal dalam lima perlawanan bulan lalu.

– REUTERS

Oleksandr Zinchenko setuju sertai Arsenal

Arteta belum pasti turunkan Zinchenko jumpa Brentford


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker