Bihun Singapore Dan Sambal Kicap

Bihun Singapore Dan Sambal Kicap

Bihun Singapore Dan Sambal Kicap
Bihun Singapore Dan Sambal Kicap

Untuk kali ni, kita masak goreng-goreng pula. Bihun goreng putih, atau org Singapore panggil mee birthday, kan? Che Nom akan tunjuk cara goreng bihun yang anti gagal. Untuk siapa yang baru nak blajar boleh tengok video ni. Nak goreng bihun tak lah susah mana, tapi kalau tersilap langkah, boleh jadi lembik lah..ter keras lah..jd tak sedap lah nanti.

Kalau dah nama bihun goreng Singapore, warna nya mesti lah putih, sebab kita tak letakkan cili kisar atau pun sebarang sos dan kicap rasa pedas tu datang dari lada sama ada lada putih atau hitam dan juga dihidang bersama kuah pedas macam sambal tumis, cili potong ataupun sambal kicap.

Ada cara buat sambal kicap sekali dalam resepi ni, layan juga lah makan dengan bihun goreng. Satu lagi bahan untuk hiasan atau taburan atas bihun supaya lebih menarik, telur dadar. Che Nom akan tunjuk cara buat telur dadar yg nipis dan tak mudah koyak bila kita masak.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk bihun goreng:
    • cawan minyak masak
    • 4 biji bawang merah kecil
    • 3-4 ulas bawang putih
    • 1 sudu besar udang kering
    • 1/4 cawan ikan bilis
    • Sedikit air (untuk kisar)
    • 1 ketul isi ayam
    • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
    • 1 sudu kecil serbuk lada putih
    • 2 batang kek ikan
    • 1 ketul kiub pati ayam
    • 8-10 ekor udang
    • 400g /1 bungkus bihun
    • batang lobak merah
    • 2-3 sudu besar kicap cair
    • Sayur kobis
    • – 1 sudu kecil gula
    • Garam, jika perlu
    • Sayur kuchai
    • 2 ketul tauhu
  • Bahan-bahan untuk sambal kicap:
    • 1 biji bawang besar
    • 4-5 ulas bawang putih
    • 10 tangkai cili padi
    • Limau nipis
    • Kicap manis
    • Kicap ABC
  • Bahan-bahan untuk telur dadar:
    • 2 biji telur
    • sudu kecil garam
    • 1 sudu kecil tepung jagung
    • 2 sudu besar air
    • 1 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk bihun:
    1. Potong bawang merah dan bawang putih, fish cake, daun kucai (2 inci), karot, sayur kobis, isi ayam dan tauhu (potong 2 bahagian)
    2. Kisar halus bawang putih, bawang merah, ikan bilis, udang kering dan sedikit air.
    3. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar halus, kacau sampai kering air dan garing.
    4. Masukkan isi ayam, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih. Kacau sampai ayam separuh masak.
    5. Masuk fish cake, kiub pati ayam, udang dan bihun (yang telah direndam 1 jam) masuk bihun separuh dulu
    6. Kacau bihun kemudian masukkan air dan lebihan bihun.
    7. Masukkan karot, kicap cair, lada hitam, sayur kobis, gula dan sayur kuchai. Tambah garam jika perlu.
  2. Cara-cara untuk sambal kicap:
    1. Potong kasar bawang merah besar, bawang putih, cili padi dan limau nipis.
    2. Goreng bawang dan cili padi sampai layu dan angkat.
    3. Masuk bawang, cili, kicap manis, kicap ABC dan perahan limau nipis dalam blender/ food processor kemudian kisar halus.
  3. Cara-cara untuk telur & dll:
    1. Bancuh tepung jagung dengan sikit air.
    2. Pecahkan telur dan masukkan bancuhan tepung. Kacau sebati.
    3. Panaskan minyak, tuang semua bancuhan telur dan golek/ratakan biar nipis sekata.
    4. Bila bahagian bawah masak alihkan, angkat dan sejukkan.
    5. Gulung telur dan potong nipis.
    6. Panaskan minyak, gaul tauhu dengan garam, goreng tauhu sampai masak dan garing bahagian luar kemudian angkat.
    7. Potong dadu tauhu.
    8. Tabur dengan hiasan telur dadar, tauhu, cili merah potong, bawang goreng, sambal kicap dan hirisan limau nipis.

Tip:

  • Rendam bihun dalam air sejuk selama sejam atau sampai lembut, Che Nom kurang suka celur air panas, takut mudah lembik bila goreng.

Resepi – Bihun goreng Singapore

 

Bihun Singapore Dan Sambal Kicap

DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker