Brazil berang Vinicius Junior dikaitkan dengan monyet

SAO PAULO: Pele, Neymar dan ramai lagi nama besar dalam bola sepak Brazil menyuarakan rasa marah mereka kepada seorang ejen dari Sepanyol yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap bintang Brazil dan Real Madrid, Vinicius Junior, ketika dia meminta pemain itu berhenti “berkelakuan seperti monyet.”

Ketua Persatuan Ejen Bolasepak Sepanyol (AEAF), Pedro Bravo, membuat komen berkenaan pada Khamis dalam “Chiringuito Show,” satu daripada program televisyen utama Sepanyol apabila memberitahu pemain berusia 22 tahun itu supaya berhenti daripada meraikan gol dengan gaya yang sinonim dengannya.

Ia mencetuskan kemarahan di Brazil, tempat pemain kulit hitam sering menerima kecaman perkauman dikaitkan dengan monyet.

“Bola sepak ialah kegembiraan. Ia tarian,” kata Pele menerusi akaun Instagram miliknya.

“Malangnya, perkauman masih wujud, kami tidak akan membiarkan ia menghalang kami daripada terus tersenyum. Dan kami akan terus bertarung menentang perkauman setiap hari dengan cara ini: bertarung dengan hak kami untuk gembira dan dihormati.

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pelé (@pele)

 

Neymar yang juga penyerang Paris Saint-Germain, menerusi akaun Twitter berkata “BAILA VINI JR” – bahawa Portugis untuk “menari” – diikuti hashtag, #BailaViniJr, yang kini menjadi topik hangat di Twitter dekat Brazil.

Persekutuan Bolasepak Brazil (CBC) dalam pada itu menyuarakan “solidariti” bersama pemain itu menerusi satu kenytaan yang mengutuk “kenyataan berbaur perkauman.”

Real Madrid pula berkata mereka menolak “semua bentuk perkauman dan ucapan berbentuk xenofobia,” dan akan “mengambil tindakan undang-undang.”

Bravo memohon maaf di Twitter, sambil berkata dia “menggunakan ayat salah… secara metafora bermaksud ‘membuat sesuatu yang bodoh.'”

– AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker