Dokumen sulit ditemukan di kediaman Mike Pence

Dokumen sulit ditemukan di kediaman Mike Pence

MIKE PENCEWASHINGTON: Beberapa dokumen sulit dilaporkan ditemukan di kediaman bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Mike Pence di Indiana, minggu lalu.

Penemuan itu adalah yang terbaharu dalam siri pendedahan mengenai penemuan dokumen rahsia kerajaan di beberapa kediaman pegawai yang pernah berkhidmat di peringkat atasan dalam pentadbiran.

Lapor BBC, dokumen sulit yang ditemukan oleh peguam peribadi Pence di rumah pemimpin tersebut, sudah diserahkan kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

WASHINGTON: Beberapa dokumen sulit dilaporkan ditemukan di kediaman bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Mike Pence di Indiana, minggu lalu.

Penemuan itu adalah yang terbaharu dalam siri pendedahan mengenai penemuan dokumen rahsia kerajaan di beberapa kediaman pegawai yang pernah berkhidmat di peringkat atasan dalam pentadbiran.

Lapor BBC, dokumen sulit yang ditemukan oleh peguam peribadi Pence di rumah pemimpin tersebut, sudah diserahkan kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Menurut peguam itu, wakil bagi pihak Pence sudah menghantar surat rasmi kepada Arkib Negara untuk memaklumkan mengenai penyerahan dokumen terbabit.

“Pasukan FBI datang ke rumah bekas naib presiden untuk mengambil dokumen itu, dengan memintas `prosedur standard’ dan meminta menyerahkan secara terus kepada mereka,” kata peguam itu dalam kenyataan.

Jelasnya, sejumlah kecil dokumen dengan tanda sulit secara tidak sengaja telah dimasukkan dalam kotak dan dihantar ke kediaman Pence pada tempoh terakhir Trump memegang jawatan presiden.

Berdasarkan laporan media tempatan, dokumen itu dipercayai terlebih dahulu dibawa ke kediaman Pence di Virginia sebelum dihantar ke rumah di Indiana.

Isu itu muncul selepas Pence meminta bantuan pakar perundangan bagi mengendalikan dokumen sulit sebagai langkah waspada setelah beberapa penemuan bahan rahsia kerajaan kini menjadi subjek siasatan Jabatan Kehakiman.

Di bawah Akta Rekod Presiden AS, mana-mana dokumen sulit kerajaan harus dihantar ke Arkib Negara sebaik sahaja pentadbiran berakhir.

Peraturan itu mensyaratkan dokumen rahsia kerajaan disimpan dengan selamat.

Ketika ini, pasukan penyiasat sedang menyiasat kes dokumen sulit yang pernah berada dalam pemilikan Presiden AS, Joe Biden dan bekas presiden, Donald Trump.

Trump berdepan siasatan atas dakwaan salah mengendalikan dokumen sulit itu.

Bulan lalu, Peguam Negara Merrick Garland mengumumkan pelantikan peguam khas untuk menyiasat dokumen sulit yang ditemukan.

White House kini menerima tekanan hebat daripada parti Republikan dan media kerana tidak mendedahkan dokumen berkenaan yang ditemukan sebelum pilihan raya.

Dokumen sulit ditemukan di kediaman Joe Biden

Dokumen sulit ditemukan di kediaman Mike Pence


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Sogok Pengundi – Alasan dan penafian PAS Tidak masuk akal.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker