Chile, Peru gagal halang Ecuador ke Piala Dunia

PARIS: Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) menolak usaha Chile dan Peru untuk menyingkirkan Ecuador daripada Piala Dunia, tempat pasukan itu akan bermain dalam aksi pembukaan menentang Qatar.

Aduan itu berkisar kepada Byron Castillo, pertahanan yang bermain dalam lapan aksi kelayakan Ecuador untuk Piala Dunia.

Persekutuan Bolasepak Chile (FFCH) berkata ada bukti Castillo, yang beraksi buat Leon di Mexico, dilahirkan di Colombia pada Julai 1995 dan bukan di Playas, Ecuador pada November 1998.

FFCH mendakwa wujudnya “sijil kelahiran yang dipalsukan, pengisytiharan usia dan kewarganegaraan palsu.”

Selepas pendengaran Khamis lalu, Jawatankuasa Rayuan FIFA mengesahkan keputusan Jawarankuasa Displin.

“Berdasarkan dokumen yang ditunjukkan, pemain itu didapati memegang taraf penduduk tetap Ecuador,” kata FIFA semalam.

Berbaki sembilan minggu hingga perlawanan pembukaan pada 20 November, Chile atau Peru masih boleh merayu kepada Mahkamah Timbangtara Sukan.

“Sepanjang hidup saya sebagai peguam, saya tidak pernah melihat ketidakadilan seperti ini,” kata Eduardo Carlezzo, peguam buat FFCH.

“Hari yang sedih buat bola sepak dan keadilan. Mesejnya adalah jelas: penipuan dibenarkan. Kami akan merayu kepada CAS.”

– AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker