BILA AZWAN ALI TAK KENAL SIAPA CHUBB-E: “MEMATI INGAT CLEANER? KO NGASE?”

Nama Chubb-e semakin menjadi bualan ramai sejak dinobat Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-33 (ABPBH33). Ramai yang mengatakan mereka tidak mengenali penyanyi itu serta ada yang mempertikai kemenangannya.

Image_1.jpg

Meskipun sudah lapan tahun berada dalam industri hiburan tanah air, namun ramai tidak tahu kewujudannya serta tidak pernah melihat wajahnya muncul di kaca televisyen.

Perkara itu turut mendapat perhatian pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Diva AA yang memaklumkan dia juga tidak mengenali siapa Chubb-E.

Klik untuk gambar besar



Image_2.jpg

Malah, Diva AA menerusi perkongsian di Twitter itu memberitahu dia menyangkakan Chubb-e atau nama sebenarnya Muhammad Shahrul Ashlyn Ag Ashrul Affandy adalah seorang tukang cuci.

“Retis mana gelupuh menang ni nok? Memati ingat cleaner? Ko ngase? Gthhh puiiii je (Artis mana gelupur menang ni? Mati-mati ingat tukang cuci? Kau rasa? Gthhh puiiii je),” tulis Azwan menerusi sebuah posting di laman Twitter miliknya.

Image_3.jpg

Perkongsian Diva AA itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mengatakan perkara sama bahawa mereka tidak mengenali gerangan penyanyi lagu ‘Padan Muka’ itu serta menyamakan Chubb-E dengan penjual air balang.

Terdahulu, Chubb-E berkata kemenangannya itu adalah rezeki daripada Allah dan tidak wajar dipertikaikan. Katanya lagi, dia mahu semua pihak menghormati format pertandingan itu berdasarkan undian peminat.



Untuk rekod, Chubb-E yang juga peserta program realiti ‘Dansa Dan Sing’ dan Ceria Popstar musim kedua menerusi kumpulan Jomego sebelum ini telah berjaya menewaskan beberapa pesaing hebat dalam kategori yang sama antaranya Zynakal dan Yonnyboii.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

“KALAU POPULAR TAPI PEMINAT TAK UNDI, ITU TAK DIKIRA LAYAK MENANG” – CHUBB-E

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker