Johor, Pahang ke suku akhir bola sepak SUKMA

Johor, Pahang ke suku akhir bola sepak SUKMA

Johor, Pahang ke suku akhir bola sepak SUKMA
Aksi pemain Johor (jersi biru merah) pada aksi SUKMA menentang Sarawak di Stadium UNITEN, Bangi, semalam. Johor menang 2-0. – Foto ihsan FB Johor Southern Tigers

KUALA LUMPUR: Johor dan Pahang menempah tiket ke suku akhir acara bola sepak lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20, selepas muncul sebagai dua pasukan teratas Kumpulan B.

Pada saingan lapan terakhir Isnin ini, Johor selaku juara Kumpulan B bakal mencabar Wilayah Persekutuan, manakala juara Kumpulan A Selangor akan bertemu Pahang.

Johor, yang masih memburu ibu segala pingat emas itu sejak 1986, berjaya menduduki tangga teratas selepas menewaskan Sarawak 2-0 pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) semalam.

Tonggak pertahanan, Muhammad Naqiu Aiman Abdul Hadi meletakkan skuad Harimau Selatan di hadapan pada minit ke-48, sebelum G Daryl Sham mengandakan jaringan pada masa kecederaan (90+4) menerusi sepakan penalti.

Di Stadium UiTM, Shah Alam pula, Pahang mengikat Melaka 2-2 pada aksi sebelah malam untuk menemani Johor ke suku akhir.

Johor menamatkan saingan di kedudukan teratas dengan tujuh mata, diikuti Pahang (5), Sarawak (3) dan Melaka (1).

Sementara itu, Selangor menamatkan saingan di kedudukan teratas Kumpulan A berdasarkan perbezaan gol, selepas mengikat Wilayah Persekutuan 1-1 di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Skuad ‘The Wipers’ terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Muhammad Adam Mukriz Syamsul Ariffin pada minit ke-20, sebelum Selangor menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Adim Muzahhir Saipu Azuan pada minit ke-36.

Walaupun kedua-dua pasukan berkongsi tujuh mata selepas mencatatkan kemenangan ke atas Negeri Sembilan dan juara 2018 Perak, namun Selangor mempunyai kelebihan menerusi perbezaan jaringan.

– BERNAMA

Transformasi Newcastle diiringi cita-cita besar

Johor, Pahang ke suku akhir bola sepak SUKMA


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker