PRN Johor ; PKR pilih gerak solo?

 

Kemelut dalaman Pakatan Harapan dijangkakan akan semakin memburuk dalam waktu terdekat. Dengan tawaran cadangan Muafakat Rakyat Johor, PKR dikatakan akan memilih untuk bergerak solo kali ini. 

PKR yang memilih untuk menggunakan lambang mereka sendiri menggambarkan berlaku ‘sengketa dalaman’ yang agak teruk.

LAMBANG PAKATAN HARAPAN PEMBAWA ‘SUWEY’?

Mungkin bagi Anwar, lambang PH sendiri tidak membawa faedah kepada PKR melainkan hanya menimbulkan kemarahan rakyat. Melihat faktor kemarahan dan penolakan rakyat terhadap PH, Anwar perlu melihat manifesto PH itu sendiri.

Janji-janji populis yang dilakukan PH sebelum menang Pru14 tidak ditunaikan selepas mereka berkuasa. Malah lebih teruk bila Menteri PH sudah mulai angkuh dalam berketa-kata apabila diajukan soalan berkaitan manifesto mereka.

Malah laungan bahawa PH mampu membawa pulang Jho Low juga menjadi ‘majal’ kepada mereka sendiri sehingga hari ini. Kerakusan PH semasa memerintah masih diingati rakyat apabila terlalu  banyak perubahan dilakukan secara drastik sehingga rakyat menjadi tidak selesa.

ANWAR GAGAL JADI PM KERANA TIDAK DISOKONG DAP & AMANAH?

Anwar cuba mengambil alih kedudukan nombor 1 daripada Mahathir menemui kegagalan kerana tidak disokong sekutu dalam PH dan ini mungkin antara sebab mengapa beliau enggan lagi bersama Pakatan Harapan. 

Hanya bertaraf ahli parlimen ketika zaman PH mungkin berpendapat beliau selayaknya diberikan keistimewaan mengikut perjanjian awal yang bersetuju melantiknya menjadi PM selepas 2 tahun pentadbiran Mahathir.

Kini, walau diberikan keisitimewaan sebagai Ketua Pembangkang setaraf Menteri, Anwar masih dahagakan jawatan Perdana Menteri sebagaimana diimpikan beliau sejak 2009.

ANTARA FAKTOR KEKALAHAN BESAR PAKATAN HARAPAN

Kekalahan besar Pakatan Harapan bukan baru bahkan ia bermula sejak PRK Cameron Highlands lagi. Ketika itu kekalahan dikongsikan bersama PPBM.

Sebagai rekod, PPBM merupakan sebahagian daripada Pakatan Harapan sebelum mengambil keputusan keluar dari PH yang menyebabkan Pakatan Harapan tersungkur selepas memerintah selama 22 bulan.

Keputusan keluar dari PH telah memberi peluang kepada Muhyiddin Yassin untuk diangkat sebagai Perdan Menteri Malaysia Ke-8 selama 17 bulan. Beliau melepaskan jawatan selepas Perikatan Nasional GAGAL mengawal kesan domino ekonomi rakyat akibat covid-19.

PKR AKHIRNYA AKAN GERAK SOLO?

Tidak mustahil selepas PRN Johor, PKR akan terus menggunakan lambang parti mereka sendiri untuk bertanding dan tidak lagi menggunakan lambang Pakatan Harapan. Seeloknya PKR mengambil langkah awal untuk membuat keputusan samada masih mahu bersama Pakatan Harapan atau tidak kerana ini akan memberi impak kepada peluang calon mereka di PRN Johor.

Belum terlambat untuk PKR nyatakan pendirian mereka bagi mengembalikan keyakinan penyokong parti itu. Ruang rundingan untuk bersama Perikatan Nasional masih terbuka jika terma dan syarat yang dikemukakan Muafakat Rakyat Johor berada dalam keadaan menang-menang.

PRN Johor ; PN & PH bergabung untuk asak BN?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker