Netizen tanya mana hilang tudung Yuna

Peminat rindukan imej sebelum popular



Netizen tanya mana hilang tudung Yuna, peminat rindukan imej sebelum popular

Netizen tanya mana hilang tudung Yuna, peminat rindukan imej sebelum popular
Penampilan Yuna di NYFW jadi bualan netizen.KECOH di media sosial apabila penyanyi dan komposer Yuna Zarai dilihat memeluk penyanyi Indonesia ketika hadir di New York Fashion Week (NYFW) baru-baru ini

Namun, lain pula jadinya apabila netizen tidak hanya memperkatakan tentang batas pergaulan penyanyi itu, malah mereka turut mempertikaikan cara Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 36, mengenakan hijab.

Pada majlis itu, Yuna menggayakan persalinan jenama Coach dengan menyarung hijab separuh bersama aksesori kilauan berlian di atasnya.

Netizen tanya mana hilang tudung Yuna
Yuna menggayakan persalinan daripada Coach.

Malah ramai yang menyedari perubahan gaya tudung penyanyi itu yang dilihat semakin lama semakin mendedahkan aurat.

“Dia pakai serkup, lepas itu pakai bling-bling. Sekali pandang memang akan fikir macam tak pakai tudung. Aku lebih suka Yuna yang dulu pakai selendang.

“Daripada bertudung sampai dah macam pakai anak tudung sahaja. Bila tudung sekadar fesyen.

“Baru tahu jala ikan pakai dekat kepala. Apa benda atas kepala Yuna tu?.

“Teringat zaman universiti 13 tahun lepas, Yuna buat mini konsert. Sewaktu itu dia pakai selendang elok sahaja tutup dada,” antara komen netizen.

Netizen tanya mana hilang tudung Yuna
Gaya penampilan Yuna sering dikritik netizen.

 

Sementara itu, ada juga yang berpendapat penampilan dan kelakuan Yuna disebabkan sudah terlalu lama berhijrah ke Amerika Syarikat.

“Dah menjadi kebiasaan tinggal di luar negara. Bila dah terlalu lama duduk di negara Barat, pergaulan tidak menghalalkan cara.

“Sanggup buat apa sahaja demi diterima bangsa di sana. Oh Yuna!” tulis netizen.

Untuk rekod, Yuna memulakan kerjaya nyanyian di Amerika Syarikat sekitar tahun 2011 dan mengikat kontrak dengan sebuah syarikat rakaman yang berpangkalan di New York, Fader Laber.

Yuna Dikritik peluk mesra dengan Afgan

Netizen tanya mana hilang tudung Yuna

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker