Pasangan suami isteri dipercayai dera anak saudara diberkas

Pasangan suami isteri dipercayai dera anak saudara diberkas

Pasangan suami isteri dipercayai dera anak saudara diberkas
SALAH seorang mangsa dera dengan kesan lebam di tangan.

PETALING JAYA: Polis menahan pasangan suami isteri warga tempatan selepas dipercayai terlibat dalam kes penderaan dua kanak-kanak di sebuah kondominium di Taman Cahaya, Ampang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 petang semalam itu, polis menerima laporan kejadian seorang kanak-kanak lelaki dipercayai cuba untuk terjun daripada tingkat empat kondominium tersebut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis memecah masuk ke dalam unit kondominium tersebut dengan bantuan bomba dan menyelamatkan mangsa iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang berada di dalam rumah seorang diri.



β€œPemeriksaan dijalankan mendapati mangsa mempunyai kesan lebam di bahagian belakang badan, kaki dan tangan dipercayai akibat didera,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Mohamad Farouk, susulan itu, pasangan suami isteri yang merupakan ibu dan bapa saudara kepada mangsa ditahan kira-kira pukul 6 petang.

Jelas beliau, suspek wanita yang merupakan adik kepada ibu kandung mangsa berusia 33 tahun manakala suaminya, 29 tahun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


β€œSuspek wanita tidak bekerja manakala suspek lelaki bekerja sebagai pemandu e-hailing dan semakan rekod mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau.



β€œTangkapan yang dijalankan turut membawa kepada penemuan seorang kanak-kanak perempuan dipercayai adik mangsa,” jelasnya.

Tambah beliau, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun itu turut mempunyai kesan kecederaan lebam di bahagian kaki, tangan dan belakang badan juga dipercayai akibat penderaan.

β€œKedua-dua mangsa dirujuk ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan oleh pegawai perubatan dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah dimaklumkan untuk tindakan penjagaan mangsa.

β€œSiasatan mendapati kedua-dua mangsa tinggal dengan suspek sejak dua tahun lalu,” jelasnya.

Tambah Mohamad Farouk, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa tinggal bersama pasangan suami isteri itu selepas bapa kandung mereka meninggal dunia.

β€œKes disiasat di bawah seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. – UTUSAN

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

Pasangan suami isteri dipercayai dera anak saudara diberkas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker