Penumpang hisap ganja punca penerbangan tergendala lima jam

Penumpang hisap ganja punca penerbangan tergendala lima jam

Penumpang hisap ganja punca penerbangan tergendala lima jam

TEL AVIV: Operasi sebuah pesawat tergendala selama lima jam selepas seorang penumpang berdegil mahu menghisap ganja.

Pesawat milik Wizz Air dari Tel Aviv menuju ke Romania membawa seramai 250 penumpang, Selasa lalu.

Kejadian berlaku selepas penumpang dimaklumkan mereka akan tiba ke destinasi dituju tanpa bagasi terlebih dahulu.

Kemudian beberapa penumpang enggan duduk di tempat duduk dan seorang penumpang memaklumkan dia mahu menghisap ganja sehingga menyebabkan juruterbang menghubungi polis.

“Atendan penerbangan dan juruterbang tidak mahu berlepas atas sebab keselamatan.

“Perbalahan tercetus antara penumpang dan hampir bertukar menjadi keganasan fizikal,” kata saksi.

Video kejadian itu disiarkan dalam saluran Channel 12 menunjukkan dua pegawai beruniform cuba bercakap dengan penumpang tersebut.

“Saya mahu hisap ganja. Saya sudah berdiri di sini selama empat jam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


 

“Saya hisap ganja sebab saya sakit dan dibenarkan sebab ada permit,” jerit penumpang itu.

Pegawai bertugas di tempat kejadian kekal bertenang dan tidak menahan atau mengeluarkan mana-mana penumpang dari pesawat.

Mereka akhirnya beredar selepas menyoal penumpang yang berada di dalam kapal terbang itu.

“Selepas tidak menemukan sebarang objek berbahaya, pihak polis akhirnya keluar dari pesawat itu dan juruterbang akhirnya berlepas selepas memutuskan penerbangan adalah selamat,” kata saksi.-AGENSI

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

 

Penumpang hisap ganja punca penerbangan tergendala lima jam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker