Bayern belasah Bremen

WOLFSBURG, Jerman: Serge Gnabry meledak hatrik ketika Bayern Munich mencipta jurang empat mata di persada Bundesliga menerusi persembahan dominan 6-1 membelasah Werder Bremen awal pagi tadi.

Kemenangan memastikan Bayern menamatkan aksi pertengahan minggu di kedudukan teratas dengan juara bertahan itu empat mata di depan pasukan tangga kedua, Freiburg yang akan berkunjung ke RB Leipzig hari ini.

Kemenangan itu nyata kurang baik buat skuad dari Bavaria itu apabila penyerang Senegal, Sadio Mane dikeluarkan pada awal permaian kerana kecederaan.



Jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann berkata tahap kecederaan itu masih belum jelas.

“Dia mengalami hentakan di lututnya,” katanya kepada Sky. “Kami harap ia tidak terlalu teruk dan setakat ini kami belum tahu.”

Gol daripada Jamal Musiala dan Leon Goretzka selain dua daripada Gnabry, Bayern mendahului 4-1 selepas hanya 28 minit sebelum mereka berehat seketika berdepan Bremen.

Pada penghujung aksi, Bayern kembali dengan Gnabry meledak hatrik pada minit ke-82 dan penyerang remaja Perancis, Mathys Tel menambah satu lagi berbaki lima minit saingan.



“Babak pertama bermula dengan bagus… ia sangat menakjubkan. Mungkin boleh lebih banyak gol,” kata pemain Bayern, Joshua Kimmich.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button