Ratu pecut baharu SUKMA mahu tumpu lompat bergalah

KUALA LUMPUR: Pingat emas acara 100 meter (m) tampak belum cukup kuat ‘memujuk’ ratu pecut Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20, Nor Sarah Adi untuk terus kekal dalam acara itu.

Ini selepas atlet berusia 22 tahun itu kemungkinan mengucapkan selamat tinggal kepada acara itu kerana mahu fokus sepenuhnya kepada lompat bergalah bermula tahun depan.

Pemenang pingat emas lompat bergalah itu menjelaskan acara itu menjadi kegemarannya untuk meraih pingat selain ramai lagi atlet pecut lain yang lebih berpotensi untuk diketengahkan.

“Setakat ini, saya akan kekal untuk lompat bergalah selepas SUKMA dengan tumpuan pada kejohanan besar seperti Sukan SEA dan mungkin temasya Asia jika ada rezeki.

“Kalau diikutkan, saya memang mencatat rekod peribadi terbaik di bawah 12 saat tetapi saya lihat ramai lagi pelari pecut yang hebat di Malaysia dan mampu menyinar.

“Oleh itu, saya fokus kepada acara lompat bergalah pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, Nor Sarah sukar digugat apabila meraih pingat emas dalam acara 100meter (m) wanita pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam..

Nor Sarah melakukan catatan 11.91 saat dengan larian penuh dominasi tanpa dapat dicabar pelari lain pada aksi final itu.

Atlet dari Sabah, Nur Aishah Rofina Aling meraih perak dengan catatan 12.08 saat sementara gangsa milik atlet dari Selangor, Nur Afrina Batrisyia Mohd Rizal (12.10 saat)

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker