Sajat tahan sebak bakal jumpa anak-anak 

Terbang ke Singapura [VIDEO]



Sajat tahan sebak bakal jumpa anak-anak 
Sajat tahan sebak bakal jumpa anak-anak 
Sajat sebak terkenang sudah lama terpisah dengan anak.
SETAHUN selepas melarikan diri ke Australia, usahaawan Sensasi Nur Sajat kini berada di Singapura atas urusan perniagaan.
Biarpun dapat menjejakkan kaki ke Singapura, Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dilihat sedih kerana merindukan dua anak angkatnya yang ditinggalkan bersama keluarga di Malaysia.
Sajat yang meluahkan perasaannya itu dalam salah sebuah video siaran langsung di TikTok turut mengalirkan air mata sambil menahan sebak kerana terlalu merindukan anak-anaknya.
Menurut usahawan itu, dia sudah lama tidak berjumpa dengan anak-anaknya dan akhirnya mereka bakal bersatu semula.

Sajat tahan sebak bakal jumpa anak-anak 
Sajat tak sabar nak berjumpa semula dengan anak-anak.

“Saya dah lama tak jumpa anak. Beberapa jam lagi saya akan jumpa anak…akhirnya saya akan jumpa anak saya. My true love,” ujarnya.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati akan keadaan usahawan berkenaan selain turut menasihati agar dia menyerah diri kepada pihak berkuasa.

“Apa yang dibuat salah tapi perasaan dia valid. Tak perlu larikan diri lagi, pergi kedutaan serah diri je. Berkorban untuk anak tak apa.

“Siapa pun dia, percayalah dalam diri dia terlalu rindu suasana ketika bersama keluarga dan anaknya. Rindu yang tak dapat diungkap.

Akhirnya saya akan jumpa anak saya! NUR SAJAT – USAHAWAN

“Balik la Jat, kami pun rindukan Jat. Buka buku baru tutup buku lama,” kata netizen.

Video berdurasi 37 saat itu telah ditonton lebih 900,000 tontonan sejak dimuat naik.

 

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

Sajat tahan sebak bakal jumpa anak-anak 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker