Singkirkan EU, Russia pilih China sambung saluran paip gas



Singkirkan EU, Russia pilih China sambung saluran paip gas

Singkirkan EU, Russia pilih China sambung saluran paip gas
SALURAN paip Force 2 bakal menggantikan Nord Stream 2 yang membekalkan gas ke Eropah. – AFP

SAMARKAND: Kementerian Tenaga Russia memaklumkan, saluran paip negara ini ke China bakal menggantikan Nord Stream 2 yang membekalkan gas ke Eropah.

Perkara itu dimaklumkan menterinya, Alexander Novak menerusi satu temu bual bersama saluran televisyen Russia, semalam.

Terdahulu, Novak memberitahu, Russia dan China bakal menandatangani persetujuan penghantaran kira-kira 50 bilion meter padu gas setiap tahun menerusi saluran paip tersebut yang dinamakan sebagai Force 2 di Siberia.



Volum penghantaran itu hampir menyamai kapasiti maksimum Nord Stream 1, iaitu 55 bilion meter padu sudah pun ditutup sejak 2 September lalu.

Saluran paip Force Siberia 2 akan memenuhi bekalan tenaga untuk ekonomi China yang sebahagiannya akan dihantar menerusi Mongolia.

Pembinaan saluran paip itu dijangka bermula pada 2024.

Dalam pada itu, Novak memaklumkan, jumlah eksport gas ke Kesatuan Eropah (EU) akan menurun sehingga 50 bilion meter padu pada tahun ini.



Pada masa yang sama, Gazprom, iaitu pengendali saluran paip Force 2 yang menghubungkan lapangan Chaiandina ke timur laut China sejak akhir 2019 akan meningkatkan penghantarannya untuk mencapai 20 bilion meter padu gas setahun.

Menjelang 2025, apabila ia mencapai kapasiti maksimumnya, saluran paip itu akan menghasilkan 61 bilion meter padu gas setahun, melebihi Nord Stream 1, dengan 38 bilion meter padu disalurkan ke China. – AFP

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

Singkirkan EU, Russia pilih China sambung saluran paip gas


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker