Sureeya kekal rentak emas

Sureeya kekal rentak emas

Sureeya kekal rentak emas
Atlet Johor, Sureeya Sankar (kanan) menewaskan atlet Selangor, Thevadharshan Kali Thass pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 dalam perlawanan akhir Kumite bawah 67kg di Pusat Sukan Universiti Teknologi MARA Shah Alam. – Foto NSTP/Asyraf Hamzah

SHAH ALAM: Atlet Johor, H S Sureeya Sankar membawa momentum kejayaan di Sukan SEA Vietnam 2021 ke temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022, sekali gus mendedikasikan kilauan emas diraihnya itu untuk sambutan Hari Malaysia.

Sureeya yang memenangi dua emas di Hanoi dalam acara 67 kilogram (kg) lelaki dan kumite berpasukan lelaki, menewaskan lawannya dari Selangor, K T Thevadharshan dengan keputusan 8-0 di Dewan Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, hari ini.

Lebih manis, kemenangan itu cukup bermakna buat dirinya apatah lagi ini adalah penampilan sulungnya dalam temasya SUKMA.

“Dari awal saya sudah meletakkan sasaran emas. Walaupun sedikit tertekan, perlawanan ini boleh dikatakan seimbang. Apapun, dengan mengikuti perancangan asal, saya mampu melakukannya.

“Perlawanan ini tidak mudah tetapi seimbang. Saya perlu bertenang dengan memberikan tumpuan kepada perkara yang lain,” kata atlet berusia 20 tahun yang selepas ini mensasarkan dapat mewakili kontinjen negara ke Sukan SEA Kemboja tahun depan.

“Emas ini saya dedikasikan untuk Hari Malaysia. Tentunya saya berbangga kerana dapat meraih emas pada hari yang istimewa ini,” katanya.

Sementara itu, kategori 75kg lelaki dimenangi atlet Selangor, M Gogulnath yang memenangi pertembungan dengan seteru dari Wilayah Persekutuan, K Logen dengan keputusan 3-0.

Polis buru pemandu kereta lawan arus

Sureeya kekal rentak emas


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker