Taliban tuduh AS rampas aset Afghanistan, biar rakyat menderita

Taliban tuduh AS rampas aset Afghanistan, biar rakyat menderita

Taliban tuduh AS rampas aset Afghanistan, biar rakyat menderita
TALIBAN kesal dengan tindakan Washington yang enggan mencairkan aset Afghanistan ketika rakyat negara itu bergelut krisis kemanusiaan. – AFP

KABUL: Pihak berkuasa Taliban mendakwa Amerika Syarikat (AS) merampas aset Afghanistan, selepas Washington mendedahkan rancangan untuk menubuhkan dana luar bagi menguruskan rizab negara ini yang dirampas bernilai AS$3.5 bilion (RM15.9 bilion).

Sejak Taliban kembali berkuasa Ogos tahun lalu, AS bertindak membekukan aset dalam bank pusat bernilai AS$7 bilion (RM31.7 bilion).

Tindakan itu secara tidak langsung memburukkan lagi krisis kemiskinan di negara ini, selain banyak negara lain turut menggantung saluran bantuan.

Pada awal tahun ini, Presiden AS, Joe Biden mendedahkan rancangan untuk membahagikan wang tunai dengan separuhnya disalurkan kepada Afghanistan dan bakinya diberikan kepada mangsa serangan pengganas dalam peristiwa 11 September 2001.

Namun, pada Rabu lalu, Washington memaklumkan sebanyak AS$3.5 bilion akan disimpan dalam dana yang diuruskan secara profesional kerana negara itu tidak mempercayai kepemimpinan Taliban.

Sehubungan itu, jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid menuduh aset rakyat Afghanistan sudah dirampas oleh AS.

“Kami menganggap negara itu merampas harta rakyat Afghanistan. AS bukan pemilik semua aset tersebut,” katanya.

Pada masa yang sama, Zabihullah menuntut dana itu dikeluarkan tanpa dikenakan syarat.

Sejak AS keluar dari Afghanistan selepas campur tangan selama 20 tahun, Washington dan beberapa negara lain berusia menyalurkan bantuan kepada negara ini tanpa melalui Taliban. – AFP

Taliban tangkap lelaki jual 130 wanita di Afghanistan

Taliban tuduh AS rampas aset Afghanistan, biar rakyat menderita


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker