Ustazah meninggal dunia ketika bacaan tahlil, khatam al-Quran

Ustazah meninggal dunia ketika bacaan tahlil, khatam al-Quran

Ustazah meninggal dunia ketika bacaan tahlil, khatam al-Quran

JAKARTA: Seorang ustazah meninggal dunia ketika sedang memimpin program tahlil dan khatam al-Quran di Masjid As Syafiiyah, Jalan Al Barkah, Tebet, Jakarta Selatan, semalam.

Video kematian Taslimah tular dalm media sosial dan kejadian itu disahkan pihak pengurusan Masjid Al Barkah As Syafiiyah, Alwy Rasyid.

Menerusi klip video itu, Taslimah itu sedang membaca ayat lima hingga enam Surah Al-Baqarah.

Ketika membaca ayat enam, suara Taslimah kedengaran lemah. Dia yang sedang duduk tiba-tiba rebah ke belakang menyebabkan jemaah wanita yang mengikuti program itu berusaha membantunya.

Alwy Rasyid mengesahkan Taslimah meninggal dunia ketika tengah memimpin program khatam al-Quran pagi semalam

“Meninggal dunia pukul 7.30 pagi ketika dia memimpin bacaan al-Quran dan tahlil.

“Suaranya kedengaran lemah ketika membaca ayat suci al-Quran, namun dia tetap meneruskan pembacaan sebelum rebah,” kata Alwy kepada sebuah portal berita tempatan.

Alwy berkata Taslimah adalah antara ustazah yang kerap bertugas dalam memimpin doa dan pengajian di masjid berkenaan.

Sebelum meninggal, Alwy berkata Taslimah tidak menunjukkan tanda-tanda sakit ketika tiba di Masjid As Syafiiyah sebelum pukul 6 pagi.

“Pada awalnya jemaah fikir Ustazah Taslimah pengsan dan berusaha membawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

Ustazah meninggal dunia ketika bacaan tahlil, khatam al-Quran


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker