Wawa & Aeril, Tak Putus Usaha Nak Bantu Orang Lain Jana Rezeki

"Nak Tidur Pun Cakap Bisnes," - Hal 'Pillow Talk'

Wawa & Aeril, Tak Putus Usaha Nak Bantu Orang Lain Jana Rezeki

Wawa & Aeril, Tak Putus Usaha Nak Bantu Orang Lain Jana Rezeki

Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tidak menafikan sehingga kini mereka masih lagi berusaha dalam membangunkan jenama Wawa Cosmetics, meski sudah mencipta pelbagai kejayaan sebelum ini.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, pendekatan tersebut perlu dilakukan secara berterusan demi memastikan kelangsungan para pekerja dan peniaga (reseller) berada dalam keadaan yang baik.

“Kami percaya kepada rezeki, itu izinNya. Bagaimanapun saya tidak menafikan kami memang berusaha keras. Sampai kita yang suami isteri ni pun asyik bercakap soal bisnes memanjang. Nak tidur pun cakap bisnes.

“Sebabnya ramai yang bergantung harap pada kami. Wawa Cosmetics sendiri kini sudah mempunyai sekitar 30 orang pekerja, ‘reseller’ juga kian bertambah. Kalau kami ‘tidur’ susah juga,” katanya kepada MH.

Wawa dan Aeril ditemui pada majlis Pelancaran Wangian Wawa x Rozyana, Asmaradana di Forest Valley, Kajang, pada Khamis.

Mengulas mengenai pelancaran haruman yang melibatkan pempengaruh TikTok, Rozyana Roslan itu, Aeril pula melihat perkembangan baik aplikasi sosial tersebut menjadi antara faktor kerjasama ini dilakukan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Sebenarnya ia kerjasama kami yang kedua bersama ‘TikTokers’. Alhamdulillah sebelum ini pun hasilnya sangat memberangsangkan.

“Pemilihan Rozyana adalah tepat kerana ia sendiri mempunyai jutaan pengikut di TikTok. Trend sekarang pun makin ramai yang mulai aktif di TikTok, jadi kita kena ambil peluang dan ikut perkembangan semasa.

“Malah kalau kita lihat kebelakangan ini, kebanyakan isu viral pun datang dari TikTok. Sebab itulah kita buat kerjasama ini. Pada masa sama, kami ambil juga pandangan orang luar selain kaji apa yang tengah ‘in’ sekarang.

“Ini kerana walaupun saya dan Wawa selebriti, kami tidak menafikan pengaruh (influencer) pempengaruh lain juga. Tidak boleh berharap kepada kami berdua saja.

“Sebab kalau boleh, biarlah pada masa akan datang jenama ini masih mampu bergerak sendiri walaupun kami tidak ke depan,” kata Aeril.

Mengulas mengenai koleksi produk terbaharu yang dikeluarkan, Wawa optimis wangian juga penting dalam item pelengkap gaya seseorang selain solekan.

“Sebelum ini memang kami pernah hasilkan wangian dan ia mempunyai kelompok peminat tersendiri. Jadi mengapa tidak untuk kita hasilkan wangian edisi terhad ini dan kami keluarkan kira-kira 67,000 unit.

“Alhamdulillah sejurus pelancaran, saya dimaklumkan ia sudah terjual lebih kurang 22,000 unit, Alhamdulillah. Doakan semoga koleksi ini akan dapat mencapai sasaran jualan,” harap Wawa.

Bau wangian kasturi ketika urus jenazah bekas tahanan

Wawa & Aeril, Tak Putus Usaha Nak Bantu Orang Lain Jana Rezeki


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker