194 mangsa banjir Batu pahat masih di PPS

BATU PAHAT: Jumlah mangsa di daerah ini menurun dengan 194 orang direkod masih berlindung di pusat pemindahan sementara pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Batu Pahat berkata, jumlah itu membabitkan 48 keluarga di sekitar Sri Gading.

“Angka terkini jam 8 pagi ini, menunjukkan penurunan berbanding 213 mangsa terdiri 56 keluarga yang dilaporkan berada di PPS sehingga jam 4 petang semalam.

“Semua mangsa membabitkan penduduk Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Kampung Seri Tanjung dan Pekan Seri Gading kini ditempatkan di PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gading,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Banjir di daerah ini berlaku susulan hujan lebat bermula jam 1.30 pagi sehingga 4 pagi pada Rabu lalu, dengan pertembungan fenomena air pasang besar memburukkan lagi keadaan banjir di kawasan itu.

Terkini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang membabitkan 10 negeri.

Di Johor amaran cuaca buruk itu membabitkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Sementara itu, JPBD memaklumkan cuaca di Batu Pahat maish hujan setakat jam 8 pagi ini.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker