SPRM tahan reman bekas ketua jabatan syarikat insurans

SPRM tahan reman bekas ketua jabatan syarikat insurans

SPRM tahan reman bekas ketua jabatan syarikat insurans
Suspek berusia sekitar 30-an ditahan semalam. – Foto BH/ASWADI ALIAS.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang bekas ketua jabatan syarikat insurans kerana meminta dan menerima wang rasuah daripada pembekal perkhidmatan latihan dan perundingan untuk syarikat berkenaan.

Nilai suapan dianggarkan berjumlah RM500,000 sebagai balasan mengesyorkan pemberian kontrak kepada tiga buah syarikat.

Menurut sumber, suspek wanita berusia sekitar 30-an ditahan semalam kira-kira jam 7.20 malam ketika hadir bagi memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.

Susulan penahanan itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi tadi dan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Selasa depan, terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Atiqah Mohamed.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.

SPRM tahan reman bekas ketua jabatan syarikat insurans


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Langkah Merbok Kesinambungan Kepada Langkah Dubai

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker