2 rumah terbakar di Bukit Beruntung



HULU SELANGOR: Dua kediaman membabitkan rumah teres dua tingkat terbakar dalam kejadian di Jalan Kasturi 4C, dekat Bukit Beruntung, di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata sepasukan 10 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan mengenai kejadian jam 6.20 petang itu.

Berdasarkan laporan awal, katanya kejadian membabitkan dua rumah teres dua tingkat yang terbakar di tingkat atas.

“Dua bilik di rumah pertama terbakar dengan anggaran kemusnahan kira-kira 70 peratus, manakala rumah kedua pula hanya siling terbakar dengan kemusnahan kira-kira lima peratus,” katanya ketika dihubungi.



“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker