3 maut kemalangan lima kenderaan

KLUANG: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 70.4 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan di sini awal pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira 6.35 membabitkan sebuah dua kereta jenis Perodua Myvi dan Toyota Corolla, masing-masing sebuah van dan treler serta motosikal.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, berkata kejadian membabitkan lapan mangsa dengan tiga maut, manakala dua lagi mengalami kecederaan.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam dan Ayer Hitam diketuai Pegawai Bomba Kanan II Rahim Razali bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan mengenai kejadiqan itu.



“Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut bergegas ke lokasi mengesahkan tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Selain tiga tiga mangsa yang muat dan dua cedera, tiga yang lain dilaporkan selamat,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker