BIRTHDAY ANAK ANGKAT – ERMA FATIMA SAMBUT BERSAMA BEKAS SUAMI & ISTERINYA

Menerusi muat naik terbaru di laman Instagram, pelakon dan pengarah Erma Fatima telah berkongsi foto dimana dia dilihat tampil ceria menyambut hari jadi anak angkatnya bernama Citra yang kini berusia 19 tahun.

Namun, yang menarik perhatiannya adalah sambutan itu turut diraikan bersama dua orang anak bekas suaminya iaitu Bade Azmi yang turut hadir bersama dalam majlis itu.

Bade Azmi yang kini mempunyai dua orang anak hasil perkahwinannya dengan isteri yang dikenali sebagai Aida itu turut hadir bagi memeriahkan majlis.

Perkara itu dikongsikan kakak kepada Datin Paduka Umie Aida itu menerusi laman Instagramnnya, baru-baru ini: “Hari menebus hutang birthday anak-anak. Happy Belated Birthday @cintacitrasofea, Jihad dan Jaheera,” tulisnya.

Klik untuk gambar besar

Meninjau ruangan komen, peminat serta pengikut Instagram Erma tampil mengucapkan doa selamat buat anak-anak yang menyambut kelahiran mereka pada hari itu.

Sekadar info, Erma dan Bade telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1991 sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada tahun 2017 selepas 27 tahun berkahwin. Mereka berdua turut mempunyai lima anak angkat sepanjang bersama iaitu Syamil Ikhwan,27, Ahmad Arir,25,Ahmad Aifin,23, Citra,19 dan Nurain,15.

Bade kemudiannya menikahi Aida selepas tiga tahun menduda dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

BELUM DEDAH WAJAH ANAK – FATTAH NAFI TERIKAT DENGAN PENJANJIAN EKSKLUSIF

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker