Banjir di Johor bertambah buruk, hampir 5,000 mangsa di 50 PPS

Banjir di Johor bertambah buruk, hampir 5,000 mangsa di 50 PPS

Banjir di Johor bertambah buruk, hampir 5,000 mangsa di 50 PPS
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor bersama beberapa agensi berkaitan membuat penghantaran bakul makanan di beberapa Kampung Orang Asli di Mersing menerusi sungai susulan banjir di daerah itu. – Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Situasi banjir di Johor bertambah buruk apabila jumlah mangsa banjir di enam daerah terjejas seluruh negeri ini meningkat secara mendadak sehingga jam 12 tengah malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah mangsa banjir di Johor kini mencecah 4,834 orang daripada 1,413 keluarga berbanding 3,322 orang daripada 1,007 keluarga pada jam 8 malam, yang ditempatkan di 50 pusat penempatan sementara (PPS).

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, berdasarkan laporan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) Negeri Johor, enam jalan di Kota Tinggi dan satu jalan di Johor Bahru terjejas dengan banjir selepas dinaiki air.



Daripada jumlah itu, Jalan Kota Tinggi – Kluang dan Jalan Tai Hong di Kota Tinggi serta Jalan Maju Jaya-Selong di Johor Bahru ditutup bagi semua jenis kenderaan.

Sementara itu, enam sungai di negeri ini dilaporkan sudah melepasi paras bahaya setakat 12 tengah malam tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Adakah Kerajaan Akan Terus Biarkan Cubaan Merampas Kuasa Berlarutan




Berdasarkan laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), enam sungai terbabit adalah Sungai Kahang di Kluang; Sungai Siam di Kulai serta Sungai Kepala Orang, Sungai Johor dan Sungai Linggiu di Kota Tinggi.

 

Banjir di Johor bertambah buruk, hampir 5,000 mangsa di 50 PPS

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



“Ambil gambar tapi tulis semua tidak betul” – Najib

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button