Manchester City benam Wolves 3-0



WOLVERHAMPTON, United Kingdom: Jack Grealish menjaringkan gol pertamanya musim ini dan Erling Haaland meneruskan catatan rekodnya ketika Manchester City menundukkan Wolves 3-0.

Skuad kendalian Pep Guardiola hanya memerlukan 56 saat untuk mendahului aksi Liga Perdana Inggeris di Molineux menerusi Grealish.

Haaland menambah jaringan dengan gol ke-14 dirinya dalam 10 perlawanan di semua pertandingan musim ini.

Peluang Wolves untuk bangkit semakin pudar apabila Nathan Collins dibuang padang kerana mengasari Grealish di babak pertama.



Phil Foden melengkapkan kemenangan City yang kini melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris.

City mempunyai kelebihan dua mata ke atas Arsenal, yang akan merampas semula kedudukan itu sekiranya menang ke atas Brentford esok.

“Permainan bermula baik buat kami dengan dua gol dan satu kad merah. Selepas Liga Juara-Juara Eropah dan datang ke sini pada jam 12.30 (tengah hari) dengan kualiti yang mereka ada, ia adalah kemenangan menakjubkan,” kata Guardiola.

AFP





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker