China dakwa belon AS lintas ruang udara Xinjiang, Tibet

China dakwa belon AS lintas ruang udara Xinjiang, Tibet

China dakwa belon AS lintas ruang udara Xinjiang, Tibet

BEIJING: China mendakwa sebuah belon beraltitud tinggi yang dipercayai milik Amerika Syarikat (AS) terbang melintasi ruang udara wilayah Xinjiang dan Tibet di negara itu.

Susulan itu, Beijing menegaskan akan mengambil tindakan terhadap syarikat AS yang mempunyai kaitan dengan belon itu kerana menjejaskan kedaulatan negara republik itu.

Sebelum ini, Washington dan Beijing bertikam lidah selepas pesawat tentera AS menembak jatuh sebuah objek terbang yang dipercayai `belon pengintip China’ di pantai Carolina Selatan.

China menegaskan objek berlegar di ruang udara AS merupakan belon udara kaji cuaca yang menyimpang keluar daripada laluan perjalanan dirancang, namun Washington bertindak keterlaluan.

Baru-baru ini, China membalas kenyataan itu dengan mendakwa belon AS melintasi ruang udara negaranya tanpa kebenaran lebih 10 kali sejak Mei 2022.

“Tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa China yang berkaitan, belon itu terbang sekurang-kurangnya 10 kali melintasi ruang udara China termasuk Xinjiang, Tibet dan wilayah lain,” kata jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin.

Jelasnya, AS menyenaraihitam enam syarikat China yang dipercayai mempunyai kaitan dengan belon milik Beijing itu.

“AS menyalahgunakan kuasa, bertindak keterlaluan dengan menggunakan alasan ini untuk menyekat syarikat dan institusi China secara haram,” katanya.

Bagaimanapun, White House menafikan dakwaan China. – REUTERS

China mengaku belon masuk ruang udara AS miliknya

China dakwa belon AS lintas ruang udara Xinjiang, Tibet

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker