Polis buka kertas siasatan perhimpunan dianjurkan MUDA

Kuala Lumpur: Polis akan memanggil penganjur demonstrasi membantah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) di hadapan pusat beli-belah Sogo di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, tiada kejadian tidak diingini berlaku semasa demonstrasi itu.

“Kami sudah mengenal pasti penganjur protes dan akan memanggil mereka untuk direkodkan kenyataan mereka secepat mungkin.

“Polis membuka siasatan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman,” katanya.

Terdahulu, demonstrasi yang berlangsung kira-kira 45 minit secara aman itu dianjurkan Parti Ikatan Demokratik (MUDA), bermula sekitar jam 4 petang dan berakhir pada jam 4.45 petang.

Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang juga antara salah seorang yang menyampaikan ucapan.

Sebahagian peserta demonstrasi dilihat memegang sepanduk ‘nyawa dulu, baru PRU’, menyeru pihak yang berkenaan untuk mengutamakan nyawa daripada pilihan raya semasa protes.

Pegawai dan anggota polis ditempatkan di hadapan pusat beli-belah itu menjaga keselamatan dan memantau protes yang diadakan.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker