Penduduk Indonesia tidak maafkan pelancong kencing atas Gunung Bromo

Penduduk Indonesia tidak maafkan pelancong kencing atas Gunung Bromo

Penduduk Indonesia tidak maafkan pelancong kencing atas Gunung Bromo
TANGKAP layar imej pelancong lelaki yang membuang air kecil di Gunung Bromo, Jawa Timur. -COCONUTS

JAWA TIMUR: Selepas dikecam rakyat Indonesia, pasangan pelancong dari Eropah akhirnya membuat permohonan maaf selepas membuang air kecil di Gunung Bromo di pergunungan Tengger.

Penduduk Indonesia mengutuk tindakan biadab lelaki itu yang jelas menghina penganut Hindu dan suku kaum Tengger yang mempercayai kawasan itu adalah pergunungan suci.

Pasangan itu mencetuskan kontroversi selepas memuat naik video dalam Instagram semasa mengunjungi Taman Negara Bromo.



Menerusi sebuah video, pelancong lelaki dilihat membuang air kecil di puncak gunung berapi yang masih aktif itu.

“Kami datang dari sebuah negara kecil di Eropah dan sudah biasa dengan kehidupan di gunung.

“Kami sering melakukan banyak aktiviti di luar dan kami langsung tidak tahu mengenai kuil suci Bromo dalam kalangan penganut Hindu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Kami amat berdukacita kerana tidak terdedah dengan budaya Hindu di Eropah dan kurang ilmu pengetahuan di sini,” kata pelancong itu.



Pasangan itu bagaimanapun tidak menyatakan negara asal mereka.

Namun, ‘negara kecil’ yang dimaksudkan berkemungkinan merujuk kepada Luxembourg atau Belgium kerana mereka bercakap dalam bahasa Jerman.

Permohonan maaf itu bagaimanapun langsung tidak diterima oleh penduduk tempatan dan menegaskan sekiranya ingin melancong ke sesebuah negara mereka perlu melakukan sedikit kajian mengenai kepercayaan dan tradisi setempat.

Pelancong itu bernasib baik kerana sudah meninggalkan Indonesia dan tidak berdepan masalah dengan pihak berkuasa.-AGENSI

11 anggota polis gagal saringan dadah

Penduduk Indonesia tidak maafkan pelancong kencing atas Gunung Bromo


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker