Perang Pilpres 2024 bermula, ramai calon tawar bertanding

Perang Pilpres 2024 bermula, ramai calon tawar bertanding

Perang Pilpres 2024 bermula, ramai calon tawar bertanding

JAKARTA: Gendang perang Pilihan Raya Presiden Indonesia 2024 (Pilpres) sudah dipalu apabila ramai calon berpotensi merebut jawatan nombor satu negara mula menyatakan harapan untuk bertanding.

Gabenor popular di ibu negara Jakarta turut menyatakan kesediaan untuk bertarung merebut jawatan presiden bagi penggal akan datang, walaupun belum mendapat sokongan daripada mana-mana parti politik.

Menerusi tinjauan pendapat yang dilakukan, Anies Baswedan, 53, yang akan mengakhiri penggal pentadbiran lima tahun bulan depan disebut-sebut sebagai calon utama yang akan bertanding dalam pemilihan presiden.

“Saya sedia untuk menjadi presiden sekiranya ada parti mencalonkan saya.

“Tinjauan ini keluar sebelum saya mula berkempen lagi. Jadi, saya fikir ia memberikan lebih kredibiliti buat saya,” katanya semasa temu bual di Singapura, lapor Reuters.

Anies yang tidak menjadi ahli mana-mana parti memberikannya kelebihan ‘ruang untuk berkomunikasi dengan semua pihak’.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Penganalisis berpandangan Anies adalah calon pendahulu memandangkan popularitinya menerajui sebuah bandar terbesar di Asia Tenggara serta kedudukan yang sering dianggap sebagai batu loncatan kepada jawatan presiden.

Katanya, sebelum ini, Joko Widodo adalah gabenor bandar itu selama dua tahun sebelum memenangi jawatan tertinggi pada 2014.

Namun, Anies juga berdepan kritikan bagaimana dia menaiki tampuk pemerintahan di Jakarta pada 2017 yang dibantu oleh kumpulan Islam yang agak lantang menentang lawannya, bekas Gabenor, Basuki Tjahaja Purana yang dipenjarakan kerana menghina Islam.

Pada masa itu, Anies yang dilihat sebagai penganut Islam yang bersederhana tidak banyak melakukan usaha untuk membaiki keretakan agama dan perkauman yang semakin melebar di negara majoriti Islam terbesar di dunia itu.

Jelasnya, dasar beliau sebagai gabenor sudah cukup ‘menyatukan rakyat Jakarta’.

“Sebelum ini, ramai membuat andaian tentang saya dan apa yang saya pertahankan serta apa yang akan saya lakukan di pejabat.

“Sekarang, saya sudah berkhidmat selama lima tahun, jadi nilailah berdasarkan realiti dan rekod prestasi saya,” katanya.

Sementara itu, calon popular berpotensi lain termasuklah Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto yang pernah dua kali gagal merebut jawatan presiden serta Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo.

Sembilan bulan sebelum Parlimen terbubar sendiri.

Perang Pilpres 2024 bermula, ramai calon tawar bertanding

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker