Sony Umum Pasarkan INZONE Buds Dengan Harga RM899 Seunit

Sony Umum Pasarkan INZONE Buds Dengan Harga RM899 Seunit

Sony Umum Pasarkan INZONE Buds Dengan Harga RM899 Seunit
Sony Umum Pasarkan INZONE Buds Dengan Harga RM899 Seunit

Baru-baru ini, Sony telah mengumumkan keluaran set fon telinga baharu dengan tumpuan terhadap gaming iaitu INZONE Buds.

INZONE Buds dilengkapi pelbagai ciri dan teknologi audio yang mampu menawarkan pengalaman permainan premium dan latensi rendah.

Kini, Sony INZONE Buds boleh mula dipasarkan di Malaysia dengan harga RM899 seunit.



Spesifikasi Sony INZONE Buds

Rekaan INZONE Buds menampilkan fon jenis dalam telinga ringan yang juga dilengkapi putik silikon, malah kotak simpanan juga disediakan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

Tambahan, serasi digunakan bersama pelbagai peranti termasuk PS5 menerusi dongel sambungan USB-C yang diberikan bersama.

Sony Umum Pasarkan INZONE Buds Dengan Harga RM899 Seunit

Bukan itu sahaja, sepasang pemandu audio sebesar 8.4mm digunakan dengan pembatalan hingar aktif terbina.



Malah, ia juga mempunyai ciri audio 360 darjah untuk pengalaman audio maya daripada kesemua arah.

Sony Umum Pasarkan INZONE Buds Dengan Harga RM899 Seunit

Dari segi bateri pula, boleh digunakan sehingga 12 jam dengan dongle nirwayar ultra-rendah latensi khusus.

Menariknya, pengecasan semula lima minit boleh menawarkan masa penggunaan lebih kurang satu jam.



Penggunaan bersama aplikasi HAB INZONE amat disarankan untuk pengalaman lebih baik dan kawalan yang turut boleh disesuaikan.

Sebelum ini kami ada kongsikan, Sony telah mengemaskini warna baharu untuk set fon telinga nirwayar LinkBuds S.

Kredit: amanz

Sony Umum Pasarkan INZONE Buds Dengan Harga RM899 Seunit


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Ramai penyokong “Bossku” tidak suka Khairy temui “Bossku” dimahkamah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button