Polis tahan suspek pengedar dadah

HULU SELANGOR – Polis menahan seorang suspek pengedar dadah di Bukit Tagar, Kerling, di sini kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata lelaki berusia 44 tahun itu dipercayai pengedar di FELDA Gedangsa, Kuala Kubu Bharu.

“Suspek yang melihat kehadiran polis cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap,” katanya hari ini.

Suffian berkata, pemeriksaan menemukan 24 peket plastik lut sinar berisi dadah jenis heroin seberat 48 gram dan satu peket plastik lut sinar dadah jenis syabu seberat 2.01 gram.

Turut dirampas, katanya, wang tunai RM 3,000 disyaki hasil daripada penjualan dadah.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin,” katanya.

Beliau berkata, suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

© Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker