RESEPI Spaghetti Bolognese

RESEPI Spaghetti Bolognese

RESEPI Spaghetti Bolognese
RESEPI Spaghetti Bolognese

Hi semua, Kali ini Che Nom nak tunjukkan resepi Spaghetti Bolognese cara Che Nom, versi yang mudah dan cepat disediakan. Ia juga menjadi kegemaran keluarga Che Nom. Menu ni kita olah dari sos spaghetti Bolognese segera di pasaran, tapi kita jadikannya lebih sedap dan special. Tanpa perlu bersusah payah mengambil masa yang lama memasak sos Bolognese from scratch atau dari awal, untuk cukupkan rencah dan rasanya. Mungkin ini bukan cara tradisi authentic Italy, tapi yang penting sangat sedap rasanya mengikut citarasa kita.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk pasta:
    • 2 liter air
    • 500 gram spaghetti
    • 2 sudu kecil garam
    • sedikit minyak zaitun
  • Bahan-bahan untuk sos Bolognese:
    • sedikit minyak zaitun
    • 1/2 biji bawang Holland
    • 3 ulas bawang putih
    • 1/2 biji capsicum hijau
    • 1/2 biji karot
    • 2-3 biji hirisan tomato
    • 7 biji cendawan
    • 300 gram daging kisar
    • sos Bolognese
    • 3-4 sudu besar tomato puree
    • sedikit Italian herbs
    • sedikit air pasta
    • serbuk parmesan
    • sedikit garam
    • sedikit gula (jika perlu)
    • 1/4 cawan susu full cream

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk pasta:
    1. Rebus spaghetti.
    2. Masukkan air kedalam periuk yang besar dan masak air sehingga mendidih.
    3. Masukkan garam secukupnya.
    4. Setelah mendidih, masukkan spaghetti kering.
    5. Terus kacau spaghetti supaya spaghetti tidak melekat antara satu sama lain.
    6. Rebus mengikut berapa minit mengikut arahan di packat pasta.
    7. Setelah pasta lembut sikit tapi tak terlebih kembang, tapis dan gaulkan dengan sedikit minyak zaitun.
  2. Cara-cara untuk sos Bolognese:
    1. Simpan sedikit air rebusan spaghetti untuk kita masukkan dalam kuah nanti.
    2. Potong dadu bawang holland dan carrot.
    3. Cincang halus bawang putih.
    4. Hiris kecil nipis capsicum hijau dan cendawan butang putih .
    5. Buang biji tengah tomato dan hiris nipis.
    6. Panaskan sedikit minyak zaitun.
    7. Tumis bawang holland sehingga bawang lembut.
    8. Masukkan bawang putih.
    9. Masukkan daging kisar dan kacau.
    10. Masukkan capsicum dan carrot.
    11. Kacau dan teruskan masak sehingga kering air daging.
    12. Masukkan sedikit serbuk black pepper.
    13. Masukkan hirisan tomato dan masak sehingga lembut.
    14. Masukkan hirisan cendawan.
    15. Kacau sehingga cendawan layu sikit.
    16. Kemudian masukkan sos bolognese segera.
    17. Tambah tomato puree.
    18. Masukkan sikit italian herbs.
    19. Masukkan sikit air pasta dan kacau sebati.
    20. Tambah serbuk parmesan dan garam.
    21. Kalau masam boleh tambah sedikit gula.
    22. Akhir sekali tambahkan sedikit susu full cream (optional).
    23. Hidangkan dengan spaghetti dan sedikit taburan keju parmesan.

Tip:

  • Jangan masukkan pasta ketika air belum mendidih kerana pasta akan jadi lembik di luar dan tak masak dengan sempurna di dalam.

Resepi – Spagetti Carbonara mudah dan sedap



RESEPI Spaghetti Bolognese

DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button