Wagner batal hasrat memberontak: Beijing, Pyongyang sokong Moscow

Wagner batal hasrat memberontak: Beijing, Pyongyang sokong Moscow

Wagner batal hasrat memberontak: Beijing, Pyongyang sokong Moscow
KENDERAAN pasukan Wagner menunggu Yevgeny Prigozhin untuk meninggalkan ibu pejabat tentera di bandar selatan Rostov-on-Don. – AFP

BEIJING: China menyatakan sokongan kepada Russia dalam usaha mengekalkan kestabilan negara itu.

Perkara itu dinyatakan oleh Kementerian Luar China sehari selepas kumpulan tentera Wagner membatalkan hasrat untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Presiden Vladimir Putin bagi mengelakkan konfrontasi dan pertumpahan darah.

Semalam, Timbalan Menteri Luar Russia, Andrei Rudenko mengadakan perbincangan mengenai `isu-isu antarabangsa’ di Beijing susulan ancaman paling serius terhadap kuasa Putin sejak Russia menceroboh Ukraine pada Februari tahun lalu.

“Pihak China menyatakan sokongan terhadap usaha kepemimpinan Russia untuk mengekalkan kestabilan dalam negara, selain menyatakan hasrat mengukuhkan perpaduan dan kemakmuran di Russia,” jelas kementerian Russia.

Sebelum ini, Kementerian Luar China menerusi kenyataan hanya menyatakan Rudenko bertukar-tukar pandangan dengan menteri, Qin Gang mengenai hubungan Beijing-Moscow serta `isu antarabangsa dan serantau yang menjadi perhatian bersama’.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pimpinan PAS semakin ‘gila’ menjelang PRN


Bagaimanapun, kementerian itu kemudian memaklumkan bahawa China menyokong Russia dalam mengekalkan kestabilan negara, selain menegaskan ketegangan yang berlaku di Russia merupakan `hal ehwal dalaman’ republik itu.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan bila Rudenko tiba di Beijing atau sama ada lawatan pemimpin itu merupakan tindak balas kepada pemberontakan bersenjata diketuai ketua pasukan tentera upahan itu, Yevgeny Prigozhin.

Dilaporkan, Prigozhin bersama tenteranya berundur dari ibu pejabat tentera di bandar selatan Rostov-on-Don selepas menerima cadangan diutarakan oleh Presiden Belarus, Alexander Lukashenko.

Di bawah perjanjian diuruskan oleh Lukashenko, kes jenayah yang dikenakan terhadap Prigozhin kerana melakukan pemberontakan bersenjata akan digugurkan.

Kemudian, Pregozhin akan berpindah ke Belarus dan tentera Wagner yang menyertai rancangan pembelotannya tidak akan dikenakan sebarang tindakan dari Russia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi UMNO Menghalakan Serangan Ke Arah Yang Salah


Sementara itu, Korea Utara menyatakan sokongan penuh kepada Russia dalam menangani pemberontakan bersenjata pasukan Wagner.

Menurut laporan media KCNA, Naib Menteri Luar Korea Utara, Im Chon ll menyuarakan keyakinan Russia mampu menumpaskan pemberontakan bersenjata di negaranya.

Chon ll membuat kenyataan demikian dalam satu pertemuan dengan Duta Russia di Pyongyang, Alexander Matsegora baru-baru ini.

Kata Chon ll, tentera dan rakyat Russia sudah pasti mampu mengatasi ujian getir serta berjaya dalam operasi ketenteraan khas menentang Ukraine. – REUTERS/AFP

Wagner batal hasrat memberontak: Beijing, Pyongyang sokong Moscow


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker