Spaghetti Sos Bolognese Homemade



Spaghetti Sos Bolognese Homemade

Spaghetti Sos Bolognese Homemade
Spaghetti Sos Bolognese Homemade

Sos bolognese homemade, dimasak dengan menggunakan tomato lokal yang masak ranum, dicelur, buang kulit dan biji. Kemudian kita kisar untuk jadikan sos, sama caranya dengan cara klasik Itali. Cuma kita tak gunakan tomato jenis itali contohnya san Marzano sebab susah nak cari.

Kalau anak-anak suka makan atau nak buat jamuan ke memang sesuai sangatlah dan jimat sebab kita masak dalam kuantiti yang banyak dan boleh lah simpan beku. Sos yang sama boleh guna untuk masak lasagna, pizza, ataupun macaroni bakar.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan Sos Bolognese:
    • 3-3.5kg tomato segar
    • ¼ cawan minyak zaitun
    • 1 labu bawang putih
    • 2 biji bawang holland
    • 400g daging kisar
    • 2-3 sk serbuk lada hitam
    • 1 batang karot
    • 1 biji lada benggala
    • 1 tin besar/ 430g tomato puree
    • 1-2 sb pes tomato (optional)
    • 2 sk herba Itali
    • 2 sk parseli kering
    • 2 sk oregano kering
    • 1 kiub pati lembu
    • ½ cawan susu full cream
    • Gula, secukup rasa
    • 8-10 cendawan butang
    • Garam secukup rasa
  • Bahan-bahan spaghetti:
    • 1 pek spaghetti kering
    • 2liter air
    • ½ sb garam
    • Serbuk cheese parmesan

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk Sos Bolognese:
    1. Kelar dibahagian bawah tomato berbentuk ‘X’.
    2. Rebus atau celur tomato sehingga kulit tomato kelihatan merekah, lalu angkat dan rendam dalam air sejuk.
    3. Kupas buang kulit dan buang biji tomato beserta air tomato.
    4. Kisar sederhana halus tomato.
    5. Panaskan minyak zaitun, lalu tumis bawang putih cincang sehingga naik bau.
    6. Masukkan bawang holland dadu, daging kisar, dan serbuk lada hitam. Masak sehingga air pada daging sudah kelihatan kering.
    7. Masukkan lobak merah parut, lada benggala dadu dan tambah serbuk lada hitam, herba Itali, parseli kering serta oregano kering.
    8. Masukkan tomato kisar, tomato puree atau pes tomato. Masak sos dalam lebih kurang 15 minit atau lebih.
    9. Tambah kiub pati lembu, gula secukup rasa, susu full cream, hirisan cendawan butang dan sedikit garam. Sambung masak sehingga cendawan layu.
  2. Cara-cara untuk spaghetti:
    1. Masak air sehingga mendidih dan masukkan garam serta spaghetti. Masak sehingga spaghetti sudah lembut.
    2. Angkat spaghetti dan toskan air.
    3. Masukkan minyak zaitun dalam spaghetti yang ditapis.
    4. Kemudian, hidangkan spaghetti bersama sos Bolognese serta taburan cheese parmesan.

Tip:

  • Air tomato tidak diperlukan untuk memasak sos kerana air tomato akan melambatkan proses memasak sos Bolognese.

Resepi – Spagetti Carbonara mudah dan sedap

 

Spaghetti Sos Bolognese Homemade

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker