ISU WANI COMEL DKECAM – INDIVIDU TAMPIL NASIHAT NETIZEN JANGAN TERLALU KASAR

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai isu Wani Comel yang membuat pendedahan mendakwa diperdaya dengan janji manis usahawan kosmetik berhubung pelantikannya sebagai duta produk pelangsingan.

Susulan pendedahannya itu, pelbagai kecaman dan hinaan dilemparkan terhadap gadis berusia 23 tahun itu. Tidak tahan dengan kata-kata hinaan orang ramai, Wani memberitahu akan mengambil tindakan terhadap netizen.

Memetik sebuah portal, seorang netizen menggelarkan dirinya sebagai Iman berkongsikan pendapatnya tentang Wani Comel. Lelaki berusia 29 tahun berkongsi cerita berat badannya pernah mencecah 130kg berkata dia juga pernah berdepan kesukaran untuk berjalan. Ujarnya hampir dua tahun barulah dia boleh berjalan dan beratnya kini 90kg.

Klik untuk gambar besar



Image_2.jpg

Ujarnya, tidak salah untuk netizen memberikan padangan mereka masing-masing berkenaan Wani tetapi janganlah terlalu kasar tanpa mempedulikan perasaan seseorang.

“Bagi saya kalau boleh nak bagi pandangan tapi jangan terlalu kasar hingga mengguris hati budak tu. Awak semua tak tahu bagaimana tertekannya bila berat badan begitu hingga sukar bergerak. Tuhan sahaja tahu,” katanya.

Selepas dikejarkan ke hospital baru-baru ini akibat jangkitan kuman pada paru-paru, Rabu lalu Wani mengesahkan dia menghidap komplikasi jantung bengkak.

 

MASUK WAD – WANI COMEL KENA JANGKITAN KUMAN DI PARU-PARU

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker