Anwar ikut telunjuk Rafizi urus PKR?

Timbalan Presiden nampak lebih berkuasa

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Anwar ikut telunjuk Rafizi urus PKR?

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar nampaknya semakin hilang cengkaman ke atas parti yang diasaskannya sendiri pada 1999.



Parti yang hanya ada 2 Presiden sepanjang penubuhannya, kini objektifnya sudah semakin jauh dari matlamat asal.

Laungan ‘Reformasi’ yang dahulu menggegarkan kin hanya sebagai bahan laungan sampingan untuk mengambil hati Presiden.

Kemunculan semula Rafizi selepas 2019, bertanding Timbalan Presiden PKR dan menang sebenarnya tidak mengejutkan langsung.

Anwar ikut telunjuk Rafizi urus PKR?



Siapa yang mempercayai kata-kata Rafizi ketika itu sebenarnya telah diperbodohkan termasuk Anwar sendiri.

Rafizi tidak membawa idealisme reformasi yang telah lama digarapkan Anwar sebagai ‘hala tuju’ PKR yang mahu mengangkat beliau menjadi Perdana Menteri sejak 1999. Malah, Rafizi juga tidak merasai ‘denyut’ sebenar gerakan reformasi.

Umpama dilahirkan diatas ‘dulang emas’, Rafizi tidak melalui apa yang dilalui Azmin Ali, Saifuddin Nasution, Chadra Muzaffar (sekadar beberapa nama), jadi beliau tidak memahami apa ertinya reformasi.



Mungkin pada Rafizi, reformasi adalah menifestasi menggunakan acuan yang beliau fikirkan sesuai dengan cara pemikirannya.

Ternyata, Anwar Ibrahim hari ini bukanlah Anwar yang kita pernah kenal 32 tahun dahulu. Taringnya sudah tumpul malah kukunya sudah tidak mampu mencengkam lagi.

Kegagalan Anwar mengemudi Pakatan Harapan dalam 2 PRN, Melaka dan Johor dijadikan hujah dalam PKR sendiri.

Malah, reformasi yang beliau sendiri ciptakan semakin pudar dan ramai sudah sedar, Anwar hanya mahu mencapai cita-citanya sahaja iaitu menjadi Perdana Menteri.



Untuk terus kekal dilihat sebagai calon terbaik menjadi PM, kini Anwar terpaksa bergantung harap kepada Rafizi.

Sekiranya pada PRU15, Anwar masih gagal lagi menggapai impiannya, jangan terkejut jika beliau akan dipaksa melepaskan jawatannya selaku Presiden PKR. 

Rafizi pula dengan senang hati akan membawa pembaharuan ke PKR bersama gandingannya Nurul Izzah Anwar dan seorang lagi figura politik yang masih dirahsiakan identitinya.

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button