Bastianini juara MotoGP Aragon

Alcaniz, Sepanyol: Enea Bastianini memintas Francesco Bagnaia pada pusingan terakhir untuk memenangi MotoGP Aragon, hari ini.

Ia adalah kemenangan keempat Bastianini pada musim ini pada ketika juara dunia dan pendahulu, Fabio Quartararo terbabit dalam kemalangan pada pusingan pertama sehingga tersingkir, sekali gus menyaksikan perebutan gelaran kembali terbuka.

Bastianini yang mewakili Gresini Racing membalas dendam kekalahan kepada Bagnaia di MotoGP San Marino, awal bulan ini dan menafikan kemenangan kelima berturut-turut buat Bagnaia menerusi penentuan foto penamat dengan perbezaan hanya 0.042 saat (s).



Bagnaia merapatkan jurang dengan Quartararo dengan perbezaan hanya 10 mata ketika masih berbaki lima perlumbaan.

Aleix Espargaro turut bersaing merebut gelaran apabila menduduki tempat ketiga buat Aprilia dengan mengatasi pelumba Red Bull KTM, Brad Binder.

Juara bertahan, Quartararo melanggar belakang motosikal Honda ditunggang Marc Marquez ketika keluar dari selekoh kelima sebelum pelumba Sepanyol itu berlaga dengan Takaaki Nakagami menyebabkan ketiga-tiganya tersingkir.

“Saya tersasar di Selekoh Ketiga dan Fabio terlanggar. Apabila saya mahu meneruskan perlumbaan, motosikal terkunci berikutan ada serpihan daripada motosikal Fabio yang tersangkut di bahagian belakang,” kata Marquez.



“Memang tidak bernasib baik dan saya mahu meminta maaf kepada Taka dan Fabio.”

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button