Chengdu kembali beroperasi secara berperingkat
Chengdu kembali beroperasi secara berperingkat
BEIJING: Bandar Chengdu di barat daya China akan menyambung semula pengeluaran dan kehidupan ‘dengan cara teratur’ mulai esok, selepas lebih dua minggu sekatan pergerakan COVID-19 dan sekatan ketat lain, kata pihak berkuasa tempatan hari ini.
Pengumuman itu dibuat selepas bandar berpenduduk lebih 21 juta itu Khamis lalu menarik balik perintah sekatan pergerakan berkurung yang dikenakan mulai 1 September 2022.
“Wabak ini dikawal dengan berkesan,” kata notis dikeluarkan hari ini, sambil menambah bandar itu akan terus memperkukuh langkah pencegahan COVID-19 melalui beberapa peraturan baharu.
Mulai tengah malam esok, pengangkutan awam dan sektor awam, institusi dan syarikat akan disambung semula, kata notis itu.
Namun, bukti keputusan ujian COVID-19 negatif dalam tempoh 72 jam diperlukan untuk memasuki kawasan atau menaiki pengangkutan awam, selaras peraturan sama di bandar besar lain seperti Beijing dan Shanghai.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mengapa UMNO Terlalu Sukar Untuk Di Kuburkan Oleh Musuh Politik?
- Tengku Zafrul Dakwa Ekonomi Malaysia Dalam Keadaan ‘Terbaik’
- Andai masih lengahkan PRU, BN akan jadi serangan habis-habisan pembangkang
- PRU15 ; Ismail Sabri mahu calon pilihannya disenaraikan?
- Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO
Bar, mahjong, gim, kolam renang dan hiburan dalam bangunan atau tempat riadah lain akan dibuka ‘dengan teratur’ dan dikehendaki menyemak bukti keputusan negatif ujian COVID-19 dalam tempoh 48 jam, sejurus ia dibuka.
Sekolah menengah akan dibuka ‘secara berperingkat’ dan pelajar akan diuji dengan ketat selain aktiviti kumpulan, acara atau persembahan luar talian tidak digalakkan.
“Jika anda perlu menganjurkan aktiviti sedemikian, ia perlu diluluskan dengan ketat mengikut prinsip, ‘pihak meluluskan yang akan bertanggungjawab’, tambah notis itu.
China bergelut untuk membendung penularan varian Omicron dengan mengenakan sekatan dalam pelbagai peringkat. – REUTERS
Ismail Sabri Kembali Kepada UMNO, Tiada Lagi Bisikan ‘Syaitan’ Selepas PRU 15
Chengdu kembali beroperasi secara berperingkat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRU 15 Bulan November: PH & PN Bimbangkan Keselamatan Rakyat Atau Bimbangkan Perkara Lain?
- BN Akan Jadi Parti Dominan, Calon Kluster Mahkamah Mula Menggelabah
- Mesyuarat terakhir MKT Umno sebelum bubar?
- Rafizi jaguh ‘Bongkar” Cop Ayam , takut bongkar skandal rasuah Zeti dan Nazlan.
- Bubar Parlimen – siapa sebenarnya bersilat pulut?
- Apa Hak Majlis Peguam Untuk Memberikan Arahan Kepada YDP Agong!!!
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Ismail Sabri Kembali Kepada UMNO, Tiada Lagi Bisikan ‘Syaitan’ Selepas PRU 15