BN yakin PRU-15 tahun ini

 

Oleh Azrin Muhammad

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) yakin bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan sebelum penghujung tahun ini.

 

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelbagai indikator telah menunjukkan tahun ini adalah peluang terbaik untuk mengadakan PRU-15 sejajar dengan tahap kesiapsiagaan parti yang berada pada tahap terbaik.

 

“Kita (BN) merasakan tahun hadapan tidak sesuai kerana faktor ekonomi dan kadar inflasi yang kian meningkat. Oleh sebab itu, saya merasakan tahun ini adalah waktu paling sesuai diadakan pilihan raya.



 

“Dalam masa sama, saya juga difahamkan BN telah bersiap sedia di semua peringkat sepertimana yang telah dikatakan Perdana Menteri,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penutup Konvensyen Wanita BN yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

 

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga memberitahu, pihaknya percaya BN adalah sebuah parti underdog berdasarkan keputusan pilihan raya lalu tetapi optimis parti itu akan kembali menjadi parti dominan pada PRU-15.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker