Gol Messi bawa PSG ke kedudukan pendahulu Ligue 1

PARIS: Lionel Messi menemui gawang selepas lima minit ketika Paris Saint-Germain mengatasi Lyon 1-0 seterusnya merampas kedudukan pendahulu Ligue 1 daripada Marseille awal pagi tadi.

Neymar membantu jaringan pemain Argentina itu menerusi tujuh bantuan gol dalam lapan aksi Ligue 1 setakat ini.

Kemenangan itu meletakkan PSG dua mata di depan Marseille yang sebelum itu mendahului liga dengan keputusan seri 1-1 di laman sendiri menentang Rennes.



Lorient menang 3-1 mengatasi Auxerre, tiga mata di belakang pendahulu itu.

Lens jatuh ke kedudukan keempat selepas seri tanpa jaringan di Nantes.

“PSG bermain dengan hebat malam ini, berdepan pasukan yang sukar yang sedang menanti kami,” kata jurulatih PSG, Christophe Galtier.

“Kami menjaringkan gol yang bagus dan boleh meledak lebih banyak gol.



“Kami lebih seimbang, Neymar terutamanya memberikan kami keseimbangan yang amat penting. Walaupun kami kurang bergerak pada babak kedua, kami masih ada banyak peluang.”

Trio serangan ‘MNM’ milik Galtier sedang melalui prestasi terbaik apabila lapan gol sudah dijaringkan Neymar dalam Ligue, tujuh buat Kylian Mbappe dan empat Messi.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button