GTA bergerak solo hadapi PRU15 kerana semua pihak tolak Mahathir.

 

 

Oleh Adam Malik



Sebenarnya Mahathir alami “Trust deficit” tiada parti mahu bersama GTA kerana ada Mahathir.

Beberapa hari lalu Mahathir sebagai “Poster boy” tertua dalam negara mewakili Gerakan Tanah Air telah mengumumkan bahawa GTA akan bergerak solo pada PRU15.

Sambil Mahathir umum GTA akan bergerak solo , Mahathir juga sempat membuat persepsi kesucian bahawa GTA tidak akan berkompromi untuk bersama mereka2 yang ada kaitan dengan rasuah dan mahkamah.



Kecuali rasuah Zeti dan Nazlan , sahaja agak nya.

Ia sah satu kenyataan yang mensasarkan kepada parti UMNO sahaja kerana itu lah parti yang Mahathir mahu menelusup masuk apabila agen nya dalam UMNO selesai buat kerja.g

Sebenarnya , Mahathir berkata yang GTA akan bergerak solo untuk membuat penafian bahawa dia telah sukar mendapat kerjasama dengan parti2 lain kerana beliau telah alami defisit kepercayaan dari semua pihak.

Tiada siapa yang percaya kepada Mahathir lagi , hanya pentaksub sahaja yang masih bergayut kepada Mahathir.



Mahathir terkenal dengan pembohongan yang bersandarkan kepada alasan bila2 sahaja dia mahu berbohong atau menafikan apa2 janji.

Seperti dia bohong pegang jawatan PM dua tahun sahaja kepada Pakatan Harapan.

Semua pihak sudah kenal Mahathir.



Semalam , Lim Guan Eng juga ada membuat kenyataan Parti DAP tidak akan tertipu lagi dengan Mahathir dan tidak akan bersama sama Mahathir dalam apa bentuk pun.

Namun , kami percaya selepas PRU15 dan jika kes terowong boleh dikawtim mungkin  pendirian lain akan muncul pula.

Ahli Majlis Kerja tertinggi UMNO Dr Puad Zarkashi ada menyindir Mahathir telah ‘game over” untuk Mahathir kerana cubaan GTA kali ini ada lah untuk menang sekadar 3-5 kerusi dan kemudian mahu membuat bidaan ‘top up’ kepada mana mana pihak yang mahu 3-5 kerusi untuk terima anaknya Mukhriz.

Bagaimana pun, rencana Mahathir telah diketahui oleh semua pihak.



Mahathir tiada kamus ‘rakyat’ , ‘melayu’ atau ‘Islam’ , itu semua bohong sahaja.

Mahathir hanya ada kepentingan peribadi berselimut isu alihan berkenaan pihak lain.

Konklusi nya, Mahathir ‘sour grape’ kerana tiada siapa pun mempercayainya.

Sedang pihak lain juga mahu jadi Perdana Menteri , seperti Muhyiddin Yassin, Anwar Ibrahim, dan Ismail Sabri dan mungkin dari UMNO, apa pula sebab hendak beri Mahathir jadi PM buat kali ketiga?



Gandingan bersama Mahathir , bermakna kena ikut cakap dan kehendak Mahathir , maka buat apa kerja bodoh sedemikian jika sendiri mahu jadi Pedana Menteri.

Hatta , semua pihak tolak Kerjasama dengan Mahathir, maka untuk elak malu nama Mahathir ditolak oleh semua pihak , maka Mahathir pun istihar GTA mahu besendirian , sedangkan sebenar nya GTA tidak laku, semua pihak tidak percaya dengan Mahathir.

Sebuah jenama rosak yang jelas.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button