Kontrak Pan-gon kendali Harimau Malaya wajar dilanjutkan

Kontrak Pan-gon kendali Harimau Malaya wajar dilanjutkan

Kontrak Pan-gon kendali Harimau Malaya wajar dilanjutkan
PAN-GON yang dibantu oleh E. Elavarasan berjaya mengubah imej dan prestasi skuad Harimau Malaya sehingga mencetuskan fenomena keghairahan penyokong terhadap pasukan kebangsaan.

PENINGKATAN mendadak Harimau Malaya sejak Januari tahun lalu seakan menjadi ‘perangkap’ buat pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon apabila sudah timbul nada-nada sinis daripada penyokong bola sepak tempatan mengenai kemampuannya.

Ini kerana faktor kejayaan Pan-gon memacu Harimau Malaya mendaki kira-kira 20 anak tangga ranking dunia hanya dalam tempoh kurang dua tahun seakan memberi harapan luar jangka dalam kalangan peminat.

Bagaimanapun, mengambil kira pelbagai aspek, kekalahan 2-0 kepada Tajikistan pada kejohanan Pestabola Merdeka Selasa lalu tidak wajar dijadikan sebab untuk tidak melanjutkan kontrak Pan-gon.

Beberapa keputusan baik termasuk mengikat Syria dan China dalam dua aksi persahabatan antarabangsa bulan lalu patut diambil kira hingga mencetuskan fenomena kepada keghairahan terhadap pasukan kebangsaan.

Mengambil kira aspek pembinaan pasukan yang lebih baik, Pan-gon sudah berjaya membina asas kukuh kepada kebangkitan semula Harimau Malaya, malah pendekatannya untuk tidak menilai prestasi individu jelas disenangi oleh anak-anak buahnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah MY Airlines Bermaksud Muhyiddin Yasin Airlines?


Ketika saingan Piala Asia hanya tinggal kira-kira dua bulan saja, maka wajar semua pihak kekal di belakang Pan-gon selepas jurulatih itu berdepan tekanan tinggi untuk memuaskan hati para penyokong.

“Beliau (Pan-gon) tiba ketika kita bergelut di luar dan dalam, namun dedikasi serta kerja keras @kimpangon merubah pasukan dan wajar bola sepak Malaysia.

“Kita tidak sempurna, punyai kelemahan tetapi ia tidak akan berakhir sehingga perhitungan terakhir. Pada @kimpangon kita yakin,” menurut ciapan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Christopher Raj.

Sebelum ini, Presiden FAM, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada Pan-gon, namun masih berteka-teki mengenai lanjutan kontrak kepada jurulatih itu.

Pan-gon dan barisan kejurulatihannya diberikan kontrak selama dua tahun sehingga penghujung 2023 dengan lanjutan dua tahun lagi sekiranya mencapai sasaran ditetapkan oleh pengurusan.

Bulan depan, Harimau Malaya akan memulakan kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan pada 16 November di gelanggang sendiri diikuti aksi dengan Taiwan (21 November).

Kontrak Pan-gon kendali Harimau Malaya wajar dilanjutkan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker